banner-mutm-728x90

Share This Post

Trader Confessions

Sebut Saja ‘Broker’ Ni, Pasti Ramai Tahu Dan Teringat Kisahnya Yang Memedihkan

Sebut Saja ‘Broker’ Ni, Pasti Ramai Tahu Dan Teringat Kisahnya Yang Memedihkan

Dari : Trader Yang Mencari
Tajuk : Bahana GWGFX

Confession:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GWGFX. Saya pasti ramai yang pernah dengar dan pernah juga terkena dengan “BROKER TERBAIK” alam semesta ini. Saya dikenalkan dengan broker ini pada penghujung tahun 2013. Semasa itu saya masih lagi di universiti tempatan belajar bidang engineering dan mula mengenalinya daripada seorang pelajar di sana juga, yang saya namakan Q dalam confession saya ini.

Q dengan saya bukanlah rapat sangat. Hanya sekadar rakan 1 kuliah.Selama saya mengenalinya, Q seorang yang sangat baik dan rendah diri.

Pada 2013 merupakan tahun yang saya melihat perubahan yang sangat ketara padanya. Q yang pada asalnya hanya berpakaian seperti pelajar biasa, tidaklah terlalu kemas dan tidaklah terlalu selekeh menjadi seorang yang suka berpakaian sut lengkap berkot, walaupun ke kelas.

Saya hairan, apa sudah jadi padanya? Gayanya ibarat seorang ahli korporat yang sangat tinggi jawatannya.

Sehinggalah satu hari, ketika keluar daripada pagar universiti, saya ternampak Q dengan sebuah kereta BMW 3 series kalau tak silap, bersama beberapa orang yang saya tidak kenali berkemeja dan bertali leher, kemas pakaian mereka.

Curiousity saya menjelma. Si Q ni dah alami perubahan 180 darjah ni. Dulu biasa-biasa, sekarang dah macam owner bisnes besar dah.

Risik punya risik punya risik, saya jumpalah dengan Q. Tanya punya tanya punya tanya, saya dapat jawapannya.

Q kata dia seorang trader dan dia selalu trade duit orang yang nak jana income tetapi sibuk. Saya dalam kepala dah ligat fikir “ni senang ni, kasi duit simpanan kat dia, mau beranak beranak”.

Kami set masa untuk borak panjang dan lokasi dipilih adalah sebuah cafe yang ambience cukup nice lah. Saya ni tak reti sangat kopi mahal ni. Jadi apabila 1st time pergi ke cafe, rasa macam rusa masuk kampung lah, terpegun.
Q datang bersama kawannya, 2 orang lagi, kacak bergaya sama dengan dia. Muka semua banyak seronok, duduk je, susun anak kunci kereta dan wallet mahal.
Yang saya ingat, ada anak kunci kereta Porsche, BMW dan lagi satu tu macam lambang sayap. Saya pun tak pasti anak kunci kereta apa. Q mula briefing, bercerita mengenai broker baru. Saya tak nampak dah time tu, broker tu apa kejadah, trade tu amende, yang saya nampak, duit saya beranak macam anak kucing, banyak.

Sebab dah fikir nak pergi travel, nak beli baju seluar mahal, nak beli kereta bila dah grad.

Tapi Q ni satu bagus dia, dia nak juga brief daripada awal sampai habis. Jadi terpaksa dengarlah juga broker tu apa, trade tu apa, macam mana buat duit.

Kemudian barulah bahagian macam mana duit tu, bila di’laburkan’ boleh dapat 10% tiap bulan dan akan ada extra daripada untuk trade. Mata saya masa tu dah $$$$$.

Balik saja daripada perjumpaan tu, saya contact parents nak keluarkan RM10,000 daripada akaun simpanan kata nak buat bisnes.

Parents saya memang tak kasi lah. Gaduh punya gaduh punya gaduh, akhirnya diorang akur. *Sampai harini saya menyesal gaduh dengan diorang.

Dipendekkan cerita, saya deposit duit tersebut, dalam anggaran $3,500 ke dalam akaun broker yang dipanggil GWGFX.

Tiap hari saya cek duit saya dalam akaun tu, kadang-kadang jumpa Q tengok dia kejap-kejap tengok handphone buka MT4.
Daripada situ saya mula tahu sikit-sikit tentang trade ni. 2 3 bulan, saya withdraw baik punya 10% saya. Q cakap kalau dah konfiden, boleh la ajak orang lain join sekali, dapat 10% bonus tajaan.
Saya fikir punya fikir, saya ajak kawan sebilik saya, kawan sekelas saya. Adalah beberapa orang cakap ni skim ‘scam’.

Saya masa tu mana fikir apa dah, yang saya fikir diorang ni saja dengki dengan apa yang saya dan Q dapat.

Jadi ada lah beberapa kawan saya join bawah saya, fuh seronok dia lain macam sebab dapat bonus tajaan.

Nak dijadikan cerita, saya tonton filem Wolf of Wall Street dan saya masih ingat lagi skrip Jordan Belfort yang berbunyi begini, “Kita bagi mereka percaya yang duit mereka ni ada online, padahal kita dah kebas habis”.
Habis saja scene tu, saya mula buat research. Saya google “gwgfx tipu”, “gwgfx scam” dan macam  macam lagilah keyword saya search.

Resah dia bukan kepalang! Serius. Bukan setakat duit sendiri, malah orang lain pun join sebab percayakan saya dan yakin dengan apa yang saya cakap.
Saya push mereka keluarkan duit cepat-cepat, ada yang buat dek, ada yang keluarkan. Tiap kali nak keluarkan, memang berdebar la. Kot kot kena tendang.
Rupanya malang berbau kali ini, apa yang saya resahkan, takutkan akhirnya terjadi! Withdrawal pertama saya gagal, ditendang semula. Kalau tak silap berlaku pada bulan 5 2014, 6 bulan selepas saya join.

Kawan-kawan saya semua dah mula salahkan saya, duit mereka dah burn.

Duit saya apatah lagi sebab apabila dapat duit 10%, saya rolling balik dengan harapan akan bertambah lagi banyak tiap bulan. Parah, saya join group “Anti Skim Ponzi”, saya baca siapa pengasasnya, siapa ketuanya dan memang dah nampak-nampak dah filem Wolf of Wall Street sebenarnya realiti hidup.

Sehingga hari ini, duit-duit dalam akaun broker terbaik alam semesta planet nameck lesap, kawan kawan menjauhkan diri, dan tidak ketinggalan yang caci maki saya.

Saya tak tahu apa jadi pada Q selepas semuanya lesap.

Hutang saya dengan diri sendiri dan orang lain memang tak terkata lah.

Sakit sakit. Betullah orang kata, sekali kena scam, kalau tak serik lagi, memang bodoh.

Selepas daripada itu, saya jauhkan daripada skim-skim gila. Skim goyang kaki dapat telur adalah. Tapi saya struggle dengan hutang yang ada, jadi nak taknak, time kerja, saya kena cari jalan lain untuk buat duit nak bayar hutang.

Jadi saya buat research balik pasal trading ni, belajar forex tu apa, komoditi tu apa, saham tu apa. Ada yang trade saham, CPO, Forex, Emas, Minyak apa semua lagi lah.

Saya buat bacaan, tiap lebihan sikit-sikit duit gaji saya gunakan untuk pergi kelas dan beli buku. Harini, alhamdulillah slow-slow saya dapat tarik profit.

Memang mencabar gila lah nak study trade ni sambil kerja, orang dok push mintak hutang. Tapi sebelum saya masuk trade akaun real, saya trade demo kaw2 dulu, sambil kumpul duit buat kerja sampingan, jual barang apa semua.

Sebab saya ingat lagi ada sorang cikgu ni cakap, “Trading ni adalah bisnes duit buat duit. Tak ada duit, macam mana nak trade”.

Daripada situ saya belajar semula simpan duit, deal dengan orang, kerja sampingan tak payah cakap la. Sana sini pergi buat kerja lepas office hour.

Saya belajar TA betul-betul, memang akan ada loss, memang akan ada rasa kecewa tapi lama-lama loss tu jadi kebiasaan, siap boleh jadi motivasi lagi nak dapatkan next profit.

Saya pegang satu benda, loss 100, kena dapatkan balik 200. Dengan mindset gitu, saya dah aplikasikan Risk Reward Ratio 1:2 dalam tiap trade.

Tapi sampai harini, kesan GWGFX ni berbekas lah dalam hidup saya. Sakit dia, memang takkan hilang. Tapi takkan nak biarkan dia effect hidup kan?

So kena move on and jauhi dah skim bukan-bukan ni.

Yang baru, teruskan dengan menuntu ilmu. Yang lama, kongsikan dengan yang baru. Scammer, berhentilah buat benda bukan-bukan. Kesian kat orang. Kalau orang tu tahu cara nak recover takpe tapi kalau dah orang-orang tua di kampung?

Walaupun wang saya lesap dan masih berhutang, saya ucapkan terima kasih kepada Moshed.com sebab pernah bogelkan GWGFX ni.

Hantar Confession anda di sini – moshed.com/hantar-confession

Share This Post

Lost Password

Register