banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Sebut Saja Perkataan Ni, Ramai Trader Tarik Muka

Sebut Saja Perkataan Ni, Ramai Trader Tarik Muka

Pandangan salah seorang trader yang ditemuramah oleh Kathy Lien, Hoosain Harneker adalah nasihat yang paling praktikal.

Tiada siapa pun yang boleh kuasai skil profesional dengan sekelip mata. Doktor akan practice ke atas mayat, peguam menggunakan masa yang agak panjang berlatih berbicara dalam moot court dan mekanik belajar membaiki enjin bukan hanya semalaman.

Practice tidak menjanjikan kejayaan tapi tiada practice pasti tak rasa lah kejayaan tu.

telegram-moshed

Hoosain memilih pasaran Foreign Exchange sebagai pasaran utamanya memperoleh keuntungan.

Setiap daripada broker FX akan menyediakan platform latihan yang kita tahu sebagai Demo Account untuk kita berlatih dan belajar technical analysis di situ.

Wang maya diberikan, dan pilihan laverage juga boleh dipilih untuk memberi pengalaman kepada kita ber-eksprimen untuk memantapkan skil trading kita.

Dalam pasaran lain pula, seperti saham terdapat software yang membolehkan trader untuk paper trade dahulu untuk dapat feel persekitaran pasaran dengan baik.

Salah seorang lagi yang ditemuramah oleh Kathy adalah Paul Willete yang trade pasaran ekuiti atau saham mengambil masa 3 bulan untuk paper trader kemudian barulah ke pasaran sebenar.

Nasihat keras daripada Hoosain adalah ;

“Walaupun sukar untuk kekal bersemangat trade akaun demo, tetapi mencapai tahap konsosten dengan akaun demo sangat penting, tambahan lagi jika dapat gandakan akaun demo tersebut sehingga 3 kali ganda. Daripada akaun demo, cari cara yang berkesan, teknik yang sesuai, pengurusan risiko yang ketat untuk mengajar diri lebih berdisiplin dan yakin dalam pasaran sebenar.”

Betul, sebut saja akaun demo, berapa ramai saja yang lama menggunakannya untuk practice practice & practice ilmu yang dipelajari?

Akibat mindset “cepat kaya” maka ramailah skip dan skip perkara asas yang boleh membantu dalam bidang ni.

Berapa ramai juga yang sebenarnya dapat gandakan akaun demo tersebut atau hanya sekadar bagi MC akaun demo, terus ke akaun live, deposit tanpa henti, MC pun tak terkira diakibatkan gelojoh masuk pasaran sebenar tanpa disiplin dan ilmu yang mencukupi.

Susah, penat, bosan dan lain-lain lagi menjadi alasan. Sebab tu 10% yang berjaya, mereka tak ada alasan. Kalau senang, semua orang dah buat. Kan?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register