728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Sedikit Nafas Lega Buat Trader Yen

Sedikit Nafas Lega Buat Trader Yen

Yen meningkat pada hari selasa bagi Sesi Asia berikutan pelabur semakin berhati-hati menjelang kajian kadar interest oleh Fed Rabu ini.

USD/JPY berubah ke 105.60, menurun sebanyak 0.2%, sementara AUD/USD diniagakan pada 0.7474, meningkat sebanyak 0.05%. Dalam masa yang sama, GBP/USD didagang pada 1.3104, menurun sebanyak 0.27%

USD/JPY, 15 minit

USD/JPY, 15 minit

telegram-moshed

 

Di Jepun, Indek Perkhidmatan Korporat melonjak sebanyak 0.2%

Semalaman, Indek US Dollar menurun sedikit pada hari Isnin, namun tetap mengekalkan momentumnya ke paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan. Selain itu, trader mata wang menantikan mesyuarat dasar kewangan oleh Fed, Julai ini untuk penjelasan yang lebih jelas mengenai kadar semasa Bank Pusat Amerika Syarikat. Di Asia, indek kali terakhir disebut pada 97.28.

Disamping itu, trader dilihat teragak-agak untuk mengambil risiko outsized dalam sesi hari ini menjelang permulaan mesyuarat Julai FOMC selama 2 hari berkenaan dasar monetari. Walaupun FOMC tidak mungkin membuat sebarang palarasan terhadap penanda aras Kadar Dana Persekutuan, hasil mesyuarat ini boleh memberi petunjuk kepada kadar kenaikan faedah yang akan datang.

Semenjak kenaikan kadar oleh Fed Disember lalu, jawatankuasa telah bertindak balas dengan meletakkan Kadar Dana Persekutuan stabil pada paras antara 0.25% dan 0.50%. Apabila Fed meluluskan kadar kenaikan kepada 25 mata asas, FOMC mengesahkan kenaikan faedah pertama dalam tempoh hampir 1 dekad.

Satu siri perkembangan ekonomi dan geopolitik sejak perjumpaan FOMC Jun lepas memaksa jawatankuasa untuk mengubah prospek jangka panjang. Julai nanti, minit mesyuarat menunjukkan peserta “umumnya berpendapat bahawa adalah berhemah”untuk menilai implikasi undian Brexit di pasaran kewangan global sebelum memperketatkan dasar monetari. Setelah pasaran global kembali stabil, Gabenor Fed, Daniel Tarullo berkata dalam satu forum di Washington bahawa beliau merasakan system kewangan dunia “bersedia” bagi menangani kesan Brexit itu.

FOMC juga mendedahkan buat kali pertama sejak keputusan data pekerjaan Amerika Syarikat, pasaran buruh menambah 287,000 pekerjaan bukan dari sektor perladangan bulan lepas. Keuntungan kerja yang mantap dapat memadam beberapa sentimen negatif daripada laopran yang mengecewakan pada bulan Mei. Iaitu bulan terendah dalam tempoh 6 tahun.

Sebarang kenaikan kadar oleh FOMC tahun ini akan menyebabkan kenaikan harga Dolar. Hal ini kerana kebanyakan pelabur asing suka mengambil kesempatan dari Greenback untuk hasil yang lebih tinggi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register