Sekatan Amerika Terhadap Iran: Harga Minyak Mentah Lari Daripada Fundamental?

0 604

Harga minyak dan Iran sanction.

Harga minyak naik hari ni (12 September 2018), dan sehingga sekarang masih ada report yang keluar yang mengatakan harga minyak mungkin mencecah USD100 setong.

Dan antara point utama yang diperkatakan, sentiasa berkaitan Iran sanction (sekatan terhadap Iran) oleh US.

Latar Belakang Sekatan Terhadap Iran

Sejak tahun 2012 lagi, Iran sudah dikenakan sekatan ekonomi oleh US dan Eropah. Pada Jun 2012, US melarang bank-bank di seluruh dunia daripada menjalankan transaksi jual beli minyak dengan Iran, kecuali hanya 7 negara yang diberikan pengecualian, iaitu India, Korea Selatan, Malaysia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Taiwan dan Turki. Kemudian pada Julai 2012, EU secara rasmi mengenakan sekatan terhadap import minyak dari Iran.

Dari bulan Disember 2011 sehingga Oktober 2012, pengeluaran minyak Iran jatuh sebanyak 925,000 tong sehari. Sepanjang proses sekatan tersebut, Iran masih meneruskan lagi program nuklear mereka.

Maka pada 14 Julai 2015, perjanjian antara Iran dan 6 kuasa besar dunia i.e. US, UK, France, Germany, China dan Russia, ditandatangani. Di dalam perjanjian itu, Iran akan terhadkan segala aktiviti nuklear mereka, dan Iran akan membenarkan inspektor dari negara lain datang siasat aktiviti-aktiviti nuklear di Iran dari semasa ke semasa.

 

Amerika Berseorangan Dalam Sekatan Terhadap Iran

Semua pihak berpuas hati dengan perjanjian itu. Melainkan Trump. Dia menggelarkan perjanjian tersebut sebagai ‘worst, horrible, laughable’.

Maka seperti di dalam manifesto dia, US mengumumkan yang mereka menarik diri daripada Iran Nuclear deal tersebut. Dan mereka akan mengenakan semula sekatan ekonomi ke atas Iran bermula daripada 4 November. Dan mereka akan mengenakan juga sekatan ekonomi ke atas negara-negara lain yang tidak menghentikan urusan aktiviti ekonomi dengan Iran. Atau bahasa yang digunakan “will NOT be doing business with the United States”.

Cuma berbeza dengan sekatan ekonomi sebelum ini…

US sebenarnya berseorangan dalam perkara ini. Malahan Eropah sendiri menyatakan sokongan untuk meneruskan Iran Nuclear deal tersebut, China dan Russia turut mengecam niat US tersebut.

Logiknya, adalah tidak logik US akan berani untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas kuasa-kuasa dunia yang lain semata-mata sebab Iran. Tapi dia masih berkuasa untuk mengenakannya ke atas negara-negara yang memang bergantung kepada US. Terutamanya dari sudut ketenteraan. Maka di sini Korea Selatan dan Jepun berkemungkinan besar akan menurut perintah.

Jadi bila kita tengok balik negara mana yang membeli minyak daripada Iran, kita akan sedar sebenarnya sangat terhad negara yang membeli minyak dari Iran, akan actually mengurangkan minyak daripada Iran tersebut.

Korea Selatan sudah menghentikan import minyak dari Iran, yang kita boleh tengok hasilnya kejatuhan production minyak oleh Iran semasa bulan Ogos. Manakala Jepun hanyalah import sebanyak 150,000 tong sehari.

China confirm akan ignore US punya arahan. Turki pun sama. Negara-negara Eropah lain pun sama. UAE mungkinlah akan ikut. Jadi itu tambah lagi 130,000.

Yang tak pasti sekarang adalah India. Minggu lepas keluar khabar angin India akan menukar import minyak daripada Iran kepada US. Tetapi realitinya ianya hanyalah khabar angin atau sekadar perbincangan. India menegaskan mereka akan membuat keputusan bergantung kepada faktor ekonomi. Di mana Iran memang menjual minyak mereka dengan murah dan jarak antara US dan India itu menjadikan untuk menggantikan minyak Iran dengan US adalah kurang logik, apatah lagi di saat matawang negara mereka tengah jatuh.

Jadi berapa jumlah yang berkemungkinan jatuh disebabkan US Iran sanction? Tak sampai 300,000. Kalau campur India pun bolehlah jadi maksima lagi 800,000, walaupun unlikely.

Kesimpulannya?

1) Nilai itu realitinya bukanlah banyak. Tidak kiralah Saudi Arabia, OPEC mahupun US. Semuanya mampu untuk menampung nilai tersebut. Ingat, OPEC sekarang masih menjalankan production freeze. Mereka masih ada excess capacity untuk menjual lebih banyak minyak kalau ada permintaan.

2) Dan itu juga bermaksud, kalaupun permintaan untuk minyak Iran jatuh, production oleh negara lain akan naik. Sebab tu walaupun production Iran jatuh semasa Ogos, production OPEC secara keseluruhannya masih naik!

So again…. Harga minyak sekarang tengah lari daripada fundamental. Ianya terlalu sangat bergantung kepada kesan ‘Iran sanction’.

Wallahualam.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin YussofSila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa