Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sektor Import dan Ekport Di China Kini Berdepan Masalah

Sektor Import dan Ekport Di China Kini Berdepan Masalah

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan jurucakap Kementerian Perdagangan China mengatakan bahawa perdagangan asing di China masih menghadapi tekanan besar setelah beberapa penambahbaikan dibuat pada Ogos.

Shen berkata bahawa masalah yang dihadapi ini bakal berterusan dan bukan hanya kekal sebagai masalah jangka pendek.

Beliau juga berpendapat bahawa pasaran tidak boleh membuta tuli untuk kekal optimis terhadap sektor import dan eksport yang hakikatnya dilihat semakin suram.

telegram-moshed

Pun begitu, perdagangan asing di China masih kekal stabil. Selain itu, kementerian juga akan bekerjasama dengan agensi awam yang lain untuk membantu mengurangkan kos eksport dan import.

Kadar import di China meningkat dengan tidak disangka-sangka untuk kali pertama dalam bulan Ogos setelah hampir dua tahun berikutan rangsangan oleh komoditi arang batu dan komoditi lain.

Malahan, eksport juga menunjukkan peningkatan sekali gus bakal menambah keyakinan terhadap ekonomi kedua terbesar dunia itu.

China dalam tahun ini telah menyaksikan lebih banyak perbalahan bersama-sama rakan dagangnya yang lain.

Bagi tahun lepas sahaja, negara Eropah dan Amerika Syarikat telah menuduh China mengeksport aluminium dan keluli secara berlebihan, sekali gus mencederakan industri global dan menyebabkan tekanan harga global.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register