Sektor Perindustrian UK Melebihi Jangkaan Kenaikan 0.8%

0 2

Aktiviti perindustrian UK semakin rancak pada November berbanding bulan sebelum, dengan peningkatan dalam pengeluaran perindustrian sebanyak 2.1% pada bulan sama berbanding kejatuhan 1.1% pada oktober.

Peningkatan kali ini begitu tinggi dengan jangkaan kenaikan hanya 0.8% bagi bulan November. Kenaikan 2.1% ini juga adalah kenaikan tertinggi sejak tujuh bulan lepas.

Dari segi bacaan tahun ke tahun (yoy), pengeluaran industri mencatatkan kenaikan 2.0%, dengan sektor pembuatan merekodkan kenaikan 1.2%.

Data ini dilihat mampu memberikan kelegaan kepada pasaran dengan tren peningkatan yang ditunjukkan dalam sektor perindustrian UK.

Walaubagaimanapun, perlunya peningkatan secara berterusan dalam sektor pembuatan beberapa bulan akan datang bagi menggambarkan keyakinan dalam pasaran kepada ekonomi UK.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa