Selepas Korea Utara, Tumpuan Kini Kepada Ucapan Theresa May di Florence

0 13

Para pelabur Eropah ketika ini mengalihkan perhatian mereka daripada Korea Utara kepada ucapan Perdana menteri Britain Theresa May di Florence hari ini. Theresa May dijangka akan mengemaskini visi beliau tentang rundingan Brexit.

Matawang Sterling sejak beberapa minggu lalu kurang mendapat kesan negatif daripada rundingan Brexit dengan kenaikan matawang ini dilihat banyak disebabkan oleh faktor polisi monetari dan data inflasi yang terus meningkat. May dijangka akan menyampaikan ucapannya dengan nada yang lebih lembut kali ini tentang rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah.

“Sterling terus mengukuh sejak beberapa minggu lalu disebabkan reaksi pasaran terhadap Bank of England dan juga andaian bahawa Britain berkemungkinan besar mendapat perjanjian dalam rundingan  Brexit,” kata Mike Bell, strategist pasaran global di JPMorgan Asset Management.

“Jika itulah yang akan diucapkan oleh May, ia dilihat akan menyokong Sterling, tetapi banyak pergerakan yang telah diserap (priced-in),” tambah beliau.

Dalam data PMI yang dikeluarkan petang tadi menunjukkan aktiviti ekonomi di Zon Eropah yang terus meningkat dengan data yang melebihi jangkaan. Ini menunjukkan keyakinan dalam ekonomi blok tersebut di samping inflasi yang terus meningkat.

“Ekonomi yang semakin baik di Eropah menggambarkan kedudukan kerajaan Kesatuan Eropah dan menunjukkan masa depan yang meyakinkan. Ini dapat membantu pendirian mereka dalam rundingan Brexit dengan Britain,” kata Srategist di Societe Generale.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa