728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Pandangan Kalendar Ekonomi

Semua Yang Anda Perlu Tahu Sebelum News Besar Kanada Malam Ini

Semua Yang Anda Perlu Tahu Sebelum News Besar Kanada Malam Ini

Bank pusat Kanada (BoC) akan mengumumkan polisi monetari pada 10.00 malam waktu Malaysia. Dalam tinjauan bank-bank pelaburan, mereka menjangkakan kadar faedah tidak akan diubah.

Bank of Canada juga akan membentangkan laporan polisi monetarinya (Polisi kewangan) secara terperinci.

Dijangkakan kadar inflasi yang mungkin berkurangan dan risiko kestabilan kewangan juga menurun. Ini disebabkan, peraturan ketat bagi membuat pinjaman di negara itu.

telegram-moshed

Apabila peraturan ini diketatkan akan menyebabkan orang ramai sukar untuk membuat pinjaman dan berkuranglah permintaan domestik yang mana orang ramai kurang berbelanja.

Inflasi akan menjadi perhatian utama dalam mesyuarat kali ini.

Pun begitu, data Manufacturing sales (Jualan kilang) terbaru yang dikeluarkan pada selasa menunjukkan peningkatan kepada 0.9% dari 0.1% bulan lepas.

Kestabilan kewangan menjadi perhatian mereka kerana risiko yang diakibatkan oleh peningkatan “household debt” (hutang perumahan).

Peningkatan pinjaman sangat berhubungkait dengan kenaikan harga rumah. Menurut bank itu, harga rumah sudah mula menurun di Vancouver dan data terkini harga rumah sudah menurun kepada 5.4% pada Ogos lepas.

Kita sudah mula dapat melihat keberkesanan polisi kerajaan Kanada ini yang mengetatkan peraturan pinjaman untuk menurunkan harga rumah.

Aspek pertumbuhan ekonomi tak kurang pentingnya dan perhatian lebih kepada data eksport.

Ogos mencatatkan data lebih baik dimana data kurangan perdagangan (trade deficit)  adalah baik dengan defisit pada tahap terendah dalam masa 6 bulan yang juga banyak disumbangkan oleh kenaikan eksport ke Amerika.

Data Trade deficit dikira dengan (eksport bersih – import bersih).

Bank Pusat Kanada akan memberi perhatian lebih kepada keadaan semasa tahap pelaburan. Kerana pelaburan adalah aspek utama untuk meningkatkan ekonomi kepada lebih baik.

Hal ini mungkin disebabkan, pengetatan peraturan pinjaman oleh pihak kerajaan Kanada memberi risiko kepada jatuhnya aktiviti pelaburan yang akan memberi kesan kepada perniagaan domestik.

Keseluruhannya, bank pusat ini sebenarnya masih yakin dengan prospek ekonominya, kerana data-data ekonomi yang dikeluarkan sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda positif.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register