Senat Meluluskan Rundingan Rang Undang-Undang Percukaian, US Dolar Pulih

0 62

Senat Republikan bersetuju dengan rundingan bersama House of Representative dalam rang undang-undang percukaian pada Rabu. Senat yang dikuasai oleh Republikan mengundi dengan undian 51-47 di mana sebahagian besar ahli Demokrat menentang untuk memulakan konferens rasmi untuk menyepakati (reconcile) rang undang-undang House dan Senat.

Kelulusan terbaru oleh Senat ini membawa reformasi cukai semakin hampir untuk ditandatangani oleh Presiden Trump untuk menjadi satu rang undang-undang yang sah.

Ahli-ahli Senat dan House perlu menyepakati perbezaan dalam rang undang-undang mereka khususnya isu cukai perniagaan sehinggalah kepada pemansuhan Obamacare.

John Cornyn orang nombor dua Senat Republikan berkata beliau optimis terhadap Senat dan House akan dapat bekerjasama sehingga memutuskan hasil akhir rang undang-undang dalam tempoh dua minggu ini.

“Dengan persamaan antara rang undang-undang House dan Senat, saya rasa ada perkara yang jelas untuk mereka beri perhatian,” kata Cornyn.

Dengan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara House dan Senat, kedua-dua pihak berkemungkinan memotong cukai korporat kepada 20% daripada 35% yang akan memberi faedah kepada orang kaya di Amerika Syarikat dan mengurangkan beban cukai kepada sebahagian besar pembayar cukai golongan kelas pertengahan.

Republikan menyatakan reformasi cukai ini akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi yang dapat menggantikan pengurangan hasil cukai. Namun Senat menunjukkan bajet kerajaan persekutuan masih perlu ditambah sebanyak $1 trillion defisit sepanjang 10 tahun walaupun dengan ekonomi yang meningkat.

Disebabkan perkembangan terbaru ini di mana kelulusan oleh Senat untuk memulakan konferens bersama House, US dolar membuat kenaikan yang jelas dilihat pada pasangan USD/JPY.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa