Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi

Sentimen Ekonomi Jerman ZEW Meningkat Diluar Jangkaan

Sentimen Ekonomi Jerman ZEW Meningkat Diluar Jangkaan

Perkembangan sentimen ekonomi Jerman melebihi paras jangkaan dalam bulan September menyebabkan para pelabur semakin optimis terhadap ekonomi Eropah.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidik ZEW, sentimen ekonomi Jerman yang dibuat berdasarkan kajian sekitar 350 penganalisis dan pelabur dari Jerman meningkat dari 10.0 bacaan bulan Ogos kepada 17.0. Peningkatan ini melebihi jangkaan para penganalisis yang hanya menjangkakan indeks ini meningkat pada paras 12.0 pada bulan September.

Hal yang sama juga berlaku dalam Indeks Current Conditons Jerman, meningkat kepada 87.9 bulan ini dibandingkan pada bulan lepas 86.7, dengan jangkaan awal adalah jatuh kepada paras 86.6. Indeks sentimen ekonomi eropah juga meningkat kepada 31.7 dibandingkan dengan bulan 8 iaitu 29.3.

Peningkatan indeks telah memberi kesan kepada pasaran matawang Euro. Selepas laporan dikeluaran, matawang Euro sedikit mengukuh, dengan EUR/USD naik ke paras 1.1985, manakala bagi tukaran EUR/GBP naik kepada 0.8889 berbanding sebelumnya 0.8884.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!