Share This Post

Sentimen Pasaran / Terkini

Sentimen Pasaran Eropah: US Dolar Kekal Kukuh Ketika Ini

Sentimen Pasaran Eropah: US Dolar Kekal Kukuh Ketika Ini

Matawang US dolar  naik ke paras tertinggi dua bulan lalu berbanding Yen dan meneruskan kenaikan berbanding euro hari ini selepas komen hawkish Federal Reserve dalam penetapan polisi monetari pagi tadi.

Perkara penting yang menjadi titik-tolak kepada kenaikan mendadak US dolar pukul 2 pagi tadi adalah disebabkan peluang cerah satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini.

Pedagang di pasaran hadapan kadar faedah ketika ini menunjukkan potensi kenaikan kadar faedah pada Disember berada di sekitar 70% naik mendadak dari 50% sebelum penetapan polisi.

Walaupun dengan pengukuhan US dolar ketika ini, banyak lagi yang perlu diperhatikan bagi memastikan ia boleh bertahan lebih lama.

  • Pasaran saham

Pasaran saham Eropah ketika ini sedang didagang lebih tinggi di mana STOXX600 naik 0.20% setakat pukul 03.36 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah.

Euro STOXX 50 (Blue chips) : +0.46%
Indeks DAX (Jerman) : +0.19%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.42%
FTSE 100 (Britain) : -0.02%

Berikut merupakan keadaan semasa di pasaran hadapan Wallstreet setakat pukul 03.38 petang.

Dow Jones Futures : -0.08%
Nasdaq Futures: -0.19%
S&P 500 Futures: -0.11%

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat susut pada Khamis dengan hasil-bon 10 tahun-US (US-10Y Yiled) ketika ini susut (-0.06%) setakat jam 3.40 petang.

US-10Y Yield : -0.06%
US-5Y Yield : -0.26%
US-30Y Yield : -0.24%

German 10Y Yield : +6.82%
Perancis 10Y Yield : +3.91%
Canada 10Y Yield : 0.00%
UK 10Y Yield : +2.46%

Perubahan dari segi hasil bon ini penting untuk dilihat, kerana ia adalah kadar faedah jangka panjang yang juga banyak memberi kesan kepada pergerakan matawang.

  • Pasaran Komoditi

Harga emas meneruskan penurunan menjelang pembukaan sesi Eropah dan kini telah berada di bawah paras harga signifikan $1300.00.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilk matawang asing yang lain kerana harga yang mahal.

Harga perak turut mengikuti pergerakan emas di mana setakat hari ini telah merekod kejatuhan 1.87%.

Berikut adalah pergerakan harga komoditi setakat pukul 3.53 pm:

Emas : -1.33%
Perak : -1.76%
Oil WTI : -0.28%
Oil Brent : -0.34%

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!