Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Sentimen Perbankan di UK Paling Teruk Sejak Krisis Kewangan 2008

Sentimen Perbankan di UK Paling Teruk Sejak Krisis Kewangan 2008

Keyakinan dalam suasana perniagaan dalam kalangan institusi kewangan merosot sekali lagi pada suku ketiga. Ini merupakan kejatuhan keyakinan yang paling lama sejak krisis kewangan global, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Isnin.

Berdasarkan laporan terkini kaji selidik daripada 94 perkhidmatan sektor kewangan mendapati bahawa sentimen perniagaan U.K semakin merosot dengan perbankan dan masyarakat semakin pesimis dengan keadaan semasa.

Hasil cukai korporat dan sektor eksport yang menjadi penanda aras ukuran keyakinan dalam perkhidmatan sektor kewangan juga jatuh dalam tempoh enam daripada tujuh suku tahunan yang lepas.

Ketidaktentuan terhadap masa depan U.K dalam hubungan perdagaangan bersama Kesatuan Eropah turut mempengaruhi industri. Maka U.K harus membuat rundingan hubungan perdagangan mereka bersama E.U bagi membolehkan sektor perbankan terus dapat menjalankan perniagaan di dalam pasaran tunggal.

Perdana Menteri Theresa May pada Jumaat berucap di Florence Itali tentang rundingan Brexit dan apakah pendirian semasa Britain. May hanya menyatakan perkara yang pernah dikatakan sebelum ini dan penjelasan beliau agak samar-samar tentang akibat daripada rundingan ini.

Walaupun dengan tinjauan perniagaan yang lemah, namun pasaran pekerjaan UK terus menunjukkan tanda positif dan dinilai sebagai stabil.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!