Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Terkini

Sentimen Perniagaan Jerman Mengukuh Pada September

Sentimen Perniagaan Jerman Mengukuh Pada September

Keyakinan terhadap pasaran perniagaan Jerman sedikit rendah dalam bulan September ini, namun hampir menghampiri catatan tertinggi. Hal ini menujukkan bahawa pertumbuhan ekonomi zon Eropah masih lagi kuat.

Business Climate Index (Indeks iklim perniagaan) menurun sedikit kepada 115.2 bulan ini berbanding bulan Ogos pada paras 115.7 dan sedikit tersasar daripada jangkaan 116.0. Laporan ini dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Jerman.

Hal yang sama juga pada Current Assessement Index (Indeks penilaian semasa), menurun kepada 123.6 dalam bulan September daripada 124.7 pada bulan lepas. Kejatuhan ini melebih daripada jangkaan, dimana unjuran jangkaan pada 124.8.

Businesss Expectation Index (Indeks jangkaan perniagaan), yang mengukur tingkahlaku terhadap prospek perniagaan dalam tempoh 6 bulan jatuh sedikit kepada paras 107.4 bulan ini berbanding bulan lepas pada 107.8, sedikit tersasar daripada jangkaan 107.9.

Indeks bulan ini adalah berdasarkan kaji selidik 7000 syarikat Jerman dalam industri pembuatan, pembinaan, sektor jualan borong dan runcit.

EUR/USD bergerak di sekitar 1.1888 pada jam 6.10 petang berbanding sejak data ini dikeluarkan adalah pada 1.1909. Manakala EUR/GBP pada pada paras 0.8793 berbanding 0.8812.

Dalam masa yang sama, pasaran saham Eropah naik ke paras tertinggi sejak pembukaan. Germany’s Dax meningkat sebanyak 0.2%, EURO STOXX 50 juga sama pada 0.2%, France’s CAC 40 meningkat 0.1%, manakala London’s FTSE 100 jatuh 0.2%.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!