Share This Post

Sentimen Pasaran / Terkini

Sentimen Semasa Pasaran Forex, Saham, Komoditi Dan Bon Setakat Petang Ini

Sentimen Semasa Pasaran Forex, Saham, Komoditi Dan Bon Setakat Petang Ini
  • Pasaran Tukaran Matawang Asing (Forex)

Pemain-pemain pasaran kekal dengan sikap berhati-hati menjelang keputusan monetari polisi Federal Reserve yang dijadualkan pada jam 2 pagi esok. Kebanyakan pasangan matawang dilihat sedang bergerak ke arah support dan resistance yang berhampiran memenuhi permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Matawang Aussie (AUD) dan Kiwi (NZD) meningkat berikutan data positif daripada bacaan akaun semasa New Zealand serta pandangan terhadap undian awal pilihan raya New Zealand yang memihak kepada kerajaan berbanding parti lawan, Parti Labour. Selain itu hasil bon-US yang jatuh membuat pembetulan, menyebabkan para pelabur mula berpindah kepada matawang yang memberikan hasil pulangan lebih tinggi seperti Kiwi dan Aussie.

Di awal dagangan Eropah pula melihat kenaikan mendadak pound sterling disebabkan oleh data jualan runcit yang melangkaui jangkaan pasaran. Data positif tersebut sekali gus menolak GBP/USD naik melebihi 100 pips, ke arah resistance yang sangat signifikan di paras 1.3605 (paras tertinggi 15-bulan lalu).

Namun kenaikan hanya bersifat sementara kerana pasaran masih bimbang dengan kesan Brexit terhadap dagangan antarbangsa UK, serta potensi ekonomi UK yang terhad selepas meninggalkan kesatuan Eropah. Sterling volatile (naik-turun) dalam jarak yang besar berbanding pasangan matawang yang lain.

Indeks US dolar (DYX) yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.23% kepada 91.41 pada jam 6 petang. Matawang Euro adalah antara enam matawang yang mewakili hampir 60% kekuatan dalam indeks US dolar.

Indeks US dolar yang lemah turut mengukuhkan permintaan terhadap matawang safe haven seperti Yen dan Swiss Franc dengan USD/JPY dan USD/CHF jatuh sepanjang sesi pasaran hari ini.

  • Pasaran saham

Pasaran saham Eropah ketika ini sedang didagang bercampur-campur di mana STOXX600 susut 0.02% setakat pukul 6.45 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah.

Euro STOXX 50 (Blue chips) : -0.02%
Indeks DAX (Jerman) : -0.05%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.13%
FTSE 100 (Britain) : +0.03%

Berikut merupakan keadaan semasa di pasaran Wallstreet pada sesi dangan eropah hari ini.

Dow Jones : +0.18%
Nasdaq: -0.10%
S&P 500: +0.11%

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat terus jatuh dengan hasil-bon 10 tahun-US (US-10Y Yiled) ketika ini susut 0.25% setakat jam 10.20 pagi.

US-10Y Yield : -0.87%
US-5Y Yield : -1.28%
US-30Y Yield : +0.57%

  • Pasaran Komoditi

Pasaran emas pada sesi Eropah meneruskan kenaikan sebanyak $8.12 atau 0.61% kepada $1,318.62. Permintaan emas meningkat berikutan dolar US yang lemah ketika ini.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilk matawang asing yang lain kerana harga yang mahal.

Pasaran hadapan minyak pula meneruskan peningkatan dengan kedua-dua harga minyak WTI dan Brent naik hampir 1.00%. Para pelabur kekal optimis dengan keseimbangan pasaran minyak berikutan permintaan minyak global dijangka akan terus meningkat di masa hadapan serta OPEC/non-OPEC mungkin akan melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak mereka melebihi tempoh yang dijanjikan.

Dapatkan buku analisis fundamental untuk analisis yang lebih mantap!!

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!