Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah / US Dolar

PENTING! Sentimen Semasa Pasaran Forex Yang ‘Tidak-Menentu’ Ketika Ini

PENTING! Sentimen Semasa Pasaran Forex Yang ‘Tidak-Menentu’ Ketika Ini

Pasaran minggu ini tidak banyak berhadapan dengan data-data ekonomi, yang sedikit sebanyak menyebabkan pergerakan pasaran juga tidak menentu.

Pasaran ketika ini memberi tumpuan kepada simposium Jackson Hole yang mengumpulkan ahli-ahli bank pusat global. Tumpuan sudah pasti kepada Janet Yellen pengerusi The Fed dan Presiden ECB, Mario Draghi, di mana antara sebab kejatuhan euro disebabkan oleh spekulasi bahawa Draghi tidak akan memperkatakan tentang polisi monetari di dalam simposium ini.

Draghi juga dijangka akan berhati-hati dalam komennya tentang polisi, apabila dalam minit mesyuarat ECB minggu lalu menunjukkan kebimbangan bank pusat terhadap pengukuhan euro.

Apabila dilihat dari segi pergerakan pasaran EUR/USD bergerak dalam keadaan sideways yang jelas dilihat dalam time-frame H4 dan daily. Dengan menjelangnya simposium Jackson Hole, pasaran dilihat berhati-hati  dan ini jelas dilihat oleh EUR/USD yang tidak meneruskan pergerakan ke atas atau ke bawah sementara menunggu isyarat yang lebih jelas.

US dolar pula dilihat mendapat sedikit sokongan selepas perletakan jawatan Steve Bannon yang amna Bannon dilihat menyebabkan persepsi negatif umum kepada pentadbiran Trump. Artikel lanjut tentang Bannon di sini.

Selain daripada itu, pengukuhan US dolar juga dilihat disebabkan oleh keyakinan terhadap polisi pentadbiran US untuk ketika ini dengan tiadanya Steve Bannon dan memberi peluang kepada penasihat-penasihat ‘golabalist’  Trump seperti Gary Cohn dan Mnuchin yang lebih terbuka dalam polisi antarabangsa khususnya perdagangan.

Penutupan positif pasaran saham Wallstreet pada Isnin banyak disebabkan oleh jangkaan terhadap perkembangan positif polisi percukaian. Hal ini juga telah menyokong US dolar, di mana penyebab kepada kejatuhan US dolar sejak beberapa bulan lalu, banyak disebabkan oleh keraguan kepada Trump untuk membuat reformasi fiskal khususnya dalam percukaian. Oleh itu, dengan perkembangan terbaru ini US dolar mendapat sedikit pengukuhan hari ini.

Pengukuhan US dolar juga dilihat mendapat sokongan daripada krisis geopolitik dengan Korea Utara yang sedikit reda, walaupun masih banyak ketidaktentuan tentang perkara ini.

Untuk GBP/USD, dengan sentimen Brexit yang tidak menentu dan kombinasi pengukuhan US dolar telah membenam pasangan matawang ini. Secara keseluruhan sentimen untuk UK masih lagi negatif dengan risiko penangguhan rundingan Brexit.

Secara keseluruhan, pasaran dilihat berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole yang bermula pada Khamis dan terdapat juga jangkaan terhadap komen positif Janet Yellen kali ini. Dengan sentimen dalam pasaran saham global yang sedikit pulih, tetapi sentimen ketika ini begitu mudah berubah kepada negatif disebabkan risiko-risiko geopolitik, polisi dan politik US yang masih tidak menentu. Disebabkan itu kita melihat pergerakan pasaran masih sideways dalam time-frame H4 dan daily terutamanya dalam pasangan matawang yang melibatkan US dolar.

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!