Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sentimen Semasa Pasaran Menjelang Pembukaan Pasaran New York

Sentimen Semasa Pasaran Menjelang Pembukaan Pasaran New York

US dolar masih lagi kukuh pada Selasa kecuali berbanding Sterling dan Kiwi. Pengukuhan US dolar dapat dilihat dengan ketara berbanding Yen dengan hasil-bon 10 tahun kerajaan US juga membuat kenaikan sejak daripada empat sesi dagangan lepas.

Kejatuhan US dolar sejak beberapa bulan yang lepas disebabkan oleh data ekonomi yang lemah dan juga disebabkan jangkaan kenaikan kadar faedah The Fed yang semakin merosot.

“Tiada yang berubah secara asasnya kepada jangkaan pergerakan US dolar, disebabkan pasaran semakin skeptikal dengan  kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat dan data inflasi pada Khamis akan menjadi penentu,” kata Antje Praefcke strategist forex di Commerzbank AG Frankfurt.

Indeks US dolar membuat kenaikan pada Isnin di mana ‘hasil-bon US 10 tahun’ juga membuat kenaikan 8 mata asas kepada 2.125%, kenaikan tertinggi dalam masa sehari sejak dua bulan lalu. Hasil-bon ini juga meneruskan kenaikan pada Selasa.

Sterling (GBP) juga membuat kenaikan pada Selasa selepas data harga pengguna (cpi) merekod kenaikan 2.9% melebihi jangkaan pasaran. GBP/USD setakat pukul 6.46 petang telah merekod kenaikan 100 pip. Data kali ini dilihat akan memberi tekanan kepada BoE untuk menaikkan kadar faedahnya pada Khamis. Pasaran sebelum data ini dikeluarkan menjangka bank pusat akan memberikan nada yang lebih hawkish.

Dolar New Zealand (Kiwi) melonjak sehingga hampir 100 pip pada Selasa selepas tinjauan pilihanraya terkini menunjukkan parti kerajaan National Party mungkin akan memerintah selepas pilihanraya umum 23 September.

Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada Selasa dengan sentimen pasaran yang semakin pulih. Sesi Asia pada awalnya juga ditutup lebih tinggi dengan Nikkei 225 naik 1.18%.

Semasa dagangan pagi di Eropah, STOXX 600 naik 0.57% setakat pukul 6.51 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.

STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah pula melonjak 0.73%. Indeks DAX30 di Jerman pula naik 0.56% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi susut 0.28% setakat ini. CAC40 di Perancis pula melonjak 0.66%.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal