Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi New York

Sentimen Semasa Pasaran Menjelang Penutupan Pasaran Eropah

Sentimen Semasa Pasaran Menjelang Penutupan Pasaran Eropah

Kombinasi antara lemahnya citara kepada risiko (risk-appetite) di dalam pasaran global dan faktor kelemahan US dolar secara keseluruhan telah menyokong permintaan emas, di mana sasaran ketika ini dijangka ia akan cuba mencapai paras harga $1,300.00.

Sentimen semasa yang sedikit terganggu semasa sesi US pada Khamis telah menyebabkan kelemahan US dolar. Hal ini bertambah buruk apabila terdapat khabar angin yang mengatakan penasihat ekonomi Trump, Gary Cohn akan meletak jawatan.

Walaupun khabar angin ini telah dinafikan, keraguan semakin meningkat terhadap pentadbiran Amerika Syarikat apabila beberapa orang daripada majlis perniagaan White House meletak jawatan yang terdiri daripada ketua eksekutif terkemuka dunia.

Hal ini telah menyebabkan pasaran ekuiti tertekan seterusnya melonjakkan permintaan emas.

Tekanan ini berterusan sehingga lewat pasaran Eropah selepas terdapat laporan serangan pengganas di Barcelona. Pengesahan serangan oleh pihak polis, telah menyebabkan sentimen global semakin buruk di mana kita turut melihat kejatuhan pasaran ekuiti Eropah pada Jumaat.

Selain itu, tidak lupa juga aliran modal pelaburan ke dalam aset safe-haven seperti Yen dan Swiss Franc.

US dolar dilihat masih tertekan dengan sentimen ketidaktentuan kenaikan kadar faedah dan juga risiko politik US.

Tidak banyak data-data yang signifikan kepada emas dan US dolar dikeluarkan hari ini selain daripada data keyakinan pengguna UoM yang meningkat 97.6 daripada 93.4 sebelum ini di mana jangkaan pasaran adalah 94.0.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!