Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Eropah

0 659

US dollar kekal kuat pada awal sesi Eropah pada Rabu menjelang penetapan polisi monetari The Federal Reserve awal pagi Khamis nanti. The Fed dijangka akan menaikkan kadar faedahnya dari 1.75% kepada 2.0%.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.09% setakat pada pukul 2.21 petang.

Major pair EUR/USD setakat ini susut 0.08% dengan GBP/USD susut 0.11%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan 0.18%, USD/CAD pula naik 0.12% dengan USD/CHF naik sebanyak 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menyusut sebanyak 0.08% dan 0.01%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD, manakala matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY naik sehingga 0.21% setakat pada pukul 2.28 petang.

US dollar dilihat meneruskan kenaikan selepas pertemuan antara Trump dan Jong-Un pada Selasa.

Selepas daripada pertemuan bersejarah Trump-Jong Un, kini pasaran telah mengalihkan perhatian mereka kepada penetapan polisi The Fed pada pukul 2 pagi Khamis. Dengan jangkaan kadar faedah dinaikkan kepada 2.0%, pasaran akan lebih menumpukan kepada persoalan sama ada kadar faedah akan dinaikkan lebih dari tiga kali atau tidak?

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh sehingga 0.50% berikutan peningkatan inventori di Amerika Syarikat selepas pengumuman data oleh API (American Petroleum Institute). Inventori meningkat sehingga 833,000 tong berbanding jangkaan pengurangan sebanyak 2.7 juta tong pada minggu lalu.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa