Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Penghujung Minggu Ini.

0 741

Matawang GBP antara matawang yang mengukuh dari sesi Eropah sehingga penutup sesi Eropah selepas Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) di UK mengeluarkan laporan KDNK yang mengberangsangkan pada hari ini. Laporan KDNK untuk suku tahunan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.6% berbanding 0.4% pada suku tahun sebelum ini. Ia juga berada di dalam jangkaan Bank of England seperti mana yang dilaporkan dalam Laporan Inflasi pada Ogos 2018.

Sementara itu, US Dolar terus mengukuh daripada sesi Asia sehingga setakat ini berikutan keputusan Federal Reserve yang mengesahkan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin mengukuh serta bayangan terhadap kenaikan kadar faedah lagi sekali pada Disember ini. Hal ini menyebabkan pelabur tertarik untuk melabur di AS.

Sebagai matawang bersifat anti-dolar, Euro antara matawang yang banyak terkesan daripada kekuatan matawang USD. Bukan itu sahaja, kemerosotan Euro juga disebabkan oleh ramalan Suruhanjaya Eropah mengenai ekonomi Itali yang akan berkembang lebih perlahan selepas ini sekaligus akan memberi kesan buruk terhadap defisit perbelanjaan Itali.

Antara matawang lain yang mendapat permintaan yang tinggi pada sesi Eropah hari ini adalah Yen. Hal ini disebabkan sentimen pasaran global berada di dalam keadaan risk-off. Ini terjadi kerana pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah ekonomi utama dunia iaitu Amerika Syarikat yang akan mendorong keadaan kredit global menaik dan kos syarikat meningkat.

Sebentar tadi, ekonomi US mengeluarkan data ekonomi indeks harga pengeluar dimana indeks ini mencatatkan bacaan tahunan yang tinggi iaitu 2.9% berbanding 2.5% jangkaan pasaran. Kesan daripada ini akan memberi kelebihan kepada data ekonomi indeks harga pengguna ataupun inflasi, iaitu salah satu data ekonomi tumpuan bank pusat Federal Reserve.

Dalam perkembangan komoditi, harga minyak mentah Crude meleset sebanyak 1.5%. Kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global dan kenaikan bekalan minyak mentah telah mengheret harga ke bawah $60 se tong buat pertama kalinya dalam tempoh lebih daripada 8 bulan. Impak ini jelas memberi tekanan terhadap Dolar Kanada.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa