Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

0 456

US dolar dibuka kukuh sehingga mencapai paras tertinggi 6 minggu lalau berbanding yen dan beberapa matawang utama pada hari Khamis selepas data ekonomi U.S. yang terbaru mendorong lagi jangkaan bahawa the Fed akan menaikkan kadar faedah lebih dua kali pada tahun ini.

Walaubagaimanapun pasaran kewangan masih membimbangkan risiko perang perdagangan Sino-U.S. Namun tumpuan pelabur kini terarah pada laporan inflasi yang dijangkakan akan sejajar dengan jangkaan Jabatan Buruh A.S. dan hal ini dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap ekonomi dunia.

US dolar naik 0.1 peratus kepada paras 112.07 berbanding yen selepas melepasi paras bacaan 112 yang menjadi penghalang sejak 10 Januari. Dolar telah kukuh sebanyak 1.3 peratus pada hari Rabu kepada 112.175 yen.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dibuka kukuh berhampiran paras tertinggi satu minggu iaitu pada paras 94.769.

Menurut penganalisis, pasaran kini bertindak balas berdasarkan maklumat yang dikeluarkan. Dalam masa yang sama, ekonomi dunia berada dalam keadaan yang baik dan ekonomi U.S. yang kukuh akan mendorong peningkatan kadar faedah. Pelabur-pelabur kini beri tumpuan pada indikasi-indikasi yang mengukur pengukuhan ekonomi US.

Harga pengeluar U.S. meningkat pada bulan Jun, dengan keuntungan dalam kos perkhidmatan dan kenderaan bermotor, sehingga mendorong kepada peningkatan tahunan terbesar dalam 6- 1/ 2 tahun.

Disebabkan pengukuhan US dolar, matawang Euro telah didagangkan susut kepada $1.1675, merosot lagi dari paras tertinggi 3- 1/ 2 minggu iaitu dari paras $1.17905 yang dicapai pada hari Isnin.

Pada hari Rabu, ketegangan dalam pasaran matawang banyak dipengaruhi oleh perang perdagangan antara U.S.-China sehingga merebak kes pasaran ekuiti, di mana terdapat banyak kejatuhan dalam pasaran ekuiti di seluruh dunia selepas Washington mengancam tarif 10 peratus ke atas barangan import China yang bernilai $ 200 bilion.

“Sekiranya US menaikkan tarif import bernilai $200 bilion, China berkemungkinan akan melakukan beberapa jenis sekatan.

Dalam masa yang sama , bukan sahaja U.S. akan terkesan dengan langkah tersebut tetapi ekonomi China dan negara-negara yang mempunyai hubungan makro-ekonomi dengan China juga akan terkesan.,” kata Kazushige Kaida, ketua pertukaran asing di State Street Bank .

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa