728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

Sepanjang Minggu Ini Ada Banyak Event Penting Untuk Anda Catat Dalam Kalendar Trading Anda!

Sepanjang Minggu Ini Ada Banyak Event Penting Untuk Anda Catat Dalam Kalendar Trading Anda!

US Dollar kekal sebagai matawang yang dominan pada minggu lepas apabila terus dicatat mengukuh sepanjang minggu. Sementara itu, bagi minggu ini, beberapa data penting dijangka bakal menjadi tumpuan pasaran seperti data inflasi UK, data pekerjaan US, UK dan Australia serta keputusan penetapan kadar di Kanada dan Zon Euro.

Untuk sepanjang minggu 17-21 Oktober, ini merupakan tarikh penting yang perlu anda tandakan siap-siap dalam trading plan anda agar sentiasa alert dengan event yang bakal memberi impak kepada trading anda.

1.Ucapan Mario Draghi, Selasa (1.35am)

telegram-moshed

Mario Draghi dijangka akan menyampaikan ucapan di Frankfurt. Ucapannya antara yang menjadi tumpuan kerana bakal memberikan petunjuk terhadap penetapan kadar oleh ECB serta langkah yang bakal diambil seterusnya. Pasaran akan dijangka turun naik dengan drastik pada minggu ini.

  1. Data Inflasi UK, Selasa (4.30pm)

Data inflasi UK tidak menunjukkan sebarang perubahan pada bulan Ogos. Pun begitu, penggubal dasar percaya bahawa inflasi akan meningkat pada bulan-bulan yang seterusnya berikutan penetapan sasaran inflasi sebanyak 2% oleh Bank of England pada awal tahun 2017. Bagi bulan September, data inflasi UK akan dijangka meningkat lebih tinggi kepada 0.9% pada bulan September.

  1. Data Inflasi US, Selasa (8.30pm)

Bagi bulan sebelum ini, harga pengguna US meningkat berbanding bacaan bulan Julai. Peningkatan ini dikatakan berlaku disebabkan kos penjagaan kesihatan yang semakin melonjak. Untuk minggu ini, ahli ekonomi meramalkan kenaikan 0.3% dalam CPI dan lonjakan sebanyak 0.2% untuk data CPI teras.

  1. Data pekerjaan UK, Rabu (4.30pm)

Bilangan individu yang memfailkan pengangguran meningkat seramai 2,400 orang berikutan kebimbangan hasil undian Brexit. Bagi bulan September, angka ini dijangka berkembang sebanyak 3,400 bagi bulan September.

  1. Data permit bangunan AS, Rabu (8.30pm)

Bilangan permit bangunan yang dikeluarkan sepanjang minggu ini merosot 0.8% berbanding tahun 2015. Namun, permit yang dikeluarkan untuk single-family meningkat 8.4% setakat ini. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga 1.17 juta bagi bulan September.

  1. Keputusan kadar Kanada, Rabu (10.00pm)

Bank pusat Kanada dijangka akan mengekalkan kadar tidak berubah pada bulan September. Bagi beberapa bulan kebelakangan, data positif telah mempengaruhi pasaran sekaligus menambah keyakinan pasaran terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Kanada.

  1. Data simpanan minyak mentah AS, Rabu (10.30pm)

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS melaporkan kenaikan sebanyak 4.9 juta tong bagi minggu berakhir 7 Oktober. Pun begitu, pasaran ini agak bercampur-campur dengan pelbagai data sepanjang minggu lepas. Komoditi hitam dijangka didagang stabil tanpa jangkaan yang jelas minggu ini.

  1. Data pekerjaan Australia, Khamis (8.30am)

Bagi bulan September, pasaran Australia dijangka bakal menambah sebanyak 15,200 pekerjaan bagi bulan September. Dalam masa yang sama, kadar pengangguran diramal meningkat kepada 5.7%.

  1. Keputusan kadar Zon Euro, Khamis (7.45pm)

Kadar faedah dan dasar monetari kekal tidak berubah bagi bulan September. Menurut Presiden ECB, kadar faedah negatif yang dikenakan sekarang akan membawa kesan positif kepada Zon Euro. Pun begitu, beliau mengakui bahawa ECB telah menurunkan ramalan pertumbuhan bagi tempoh 2 tahun akan datang. Dalam laporan ini, pasaran dijangka bakal mendapatkan beberapa maklumat lanjut mengenai program QE yang dirancang ECB.

  1. Indeks Pembuatan Philly US, Khamis (8.30pm)

Pada bulan September, data ini mengukuh berbanding bulan Ogos menjangkaui ramalan awal oleh penganalisis ekonomi. Pun begitu, indeks pembuatan serantau dijangka berkurangan kepada 5.2 bagi bulan ini.

Selain event-event penting ini, kami sediakan juga kalendar Forex factory yang anda boleh rujuk sebelum memulakan trade.

Sumber : Forex Factory

Sumber : Forex Factory

 

Stay tuned dengan Moshed.com untuk lebih banyak update!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register