Sesi Asia Melihatkan Kelemahan 2 Matawang Utama

0 3

2 matawang komoditi iaitu AUD dan NZD melihatkan penurunan hari ini melawan matawang USD.

Penurunan 2 matawang ini adalah kerana keluarnya data keyakinan bisnes yang negatif dan jangkaan kenaikan rate Amerika Syarikat menguatkan matawang Greenback.

AUD/USD menurun sebanyak 0.22% ke paras harga 0.7634 setelah menjunam daripada paras tertinggi 3 minggu pada harga 0.7673.

Pada pagi tadi National Australia Bank mengeluarkan indeks keyakinan bisnes yang menurun kepada 4 daripada 6.

NZD/USD pula menurun sebanyak 0.21% ke paras harga 0.7123.

Ini adalah berikutan kelemahan harga minyak mentah akibat lebihan bekalan minyak mentah yang melampau.

Indeks US Dollar pula dilihat menguat melawan 6 matawang utama sebanyak 0.12%.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa