728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Asia / USD/JPY

Sesi Asia Menyaksikan Lonjakan Dari Kiwi!

Sesi Asia Menyaksikan Lonjakan Dari Kiwi!

Kiwi memulih di Asia pada hari Rabu berikutan data pekerjaan yang kukuh. Sementara itu, Australia dijadual bakal mengumumkan data upah pada Khamis.

Di New Zealand, data pekerjaan bagi suku kedua melonjak 2.4% dan harga pengeluar juga menunjukkan peningkatan sebanyak 0.9%.

NZD/USD didagang pada 0.7297, meningkat 0.16%, manakala AUD/USD meningkat 0.05%.

telegram-moshed
NZD-USD, 17.08

NZD/USD, 15 minit

AUD/USD, 1 jam

AUD/USD, 1 jam

Di tempat lain, USD/JPY menyusut 0.03%.

USD/JPY 1jam

USD/JPY 1jam

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 94.75.

Semalaman, Dollar kekal pada paras terendah selepas laporan ekonomi AS terus menambah kebimbangan terhadap kekuatan ekonomi.

Pada pagi Selasa, Biro Statistik Buruh AS melaporkan Indeks Harga Pengguna kekal tidak berubah pada bulan Julai selaras dengan ramalam konsensus. Pada asas tahunan, inflasi pengguna sebaliknya menunjukkan peningkatan sebanyak 0.8%. Core CPI juga melonjak sebanyak 0.1% untuk bulan Julai.

Juga pada hari Selasa, Presiden Fed New York, William Dudley mengejutkan pasaran dengan komen agresif terhadap kemungkinan bahawa bank pusat AS boleh menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun. Menurut temubual eksklusif bersama Fox Business, Dudley berkata, Fed bakal menaikkan kadar untuk jangka masa pendek.

Selain itu, menurut CME Group, peluang kenaikan kadar pada bulan September meningkat 2 kali ganda kepada 18% lanjutan dari komen Dudley tersebut. CME Group juga meletakkan kebarangkalian kenaikan kadar pada Disember adalah sebanyak 55.1% berbanding ramalan awal sebanyak 41.9%.

GBP/USD juga melantun dari paras terendah untuk tempoh 31 tahun kepada 1.3043. matawang ini mencatat peningkatan sebanyak 1.25% daripada sesi sebelumnya. Peningkatan ini dicatat sejurus selepas CPI di Britain mengukuh sebanyak 0.6% pada bulan Julai. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bahawa ekonomi UK kembali memulih sejak kejutan Brexit yang lalu.

Baca artikel insipirasi pagi ini disini! 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register