banner-mutm-728x90

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Sesi Dagangan Asia Menyaksikan Berita Gembira Buat Trader Emas

Sesi Dagangan Asia Menyaksikan Berita Gembira Buat Trader Emas

Emas melonjak dalam sesi Asia pada Selasa berikutan pelabur dilihat kecewa dengan jangkaan kenaikan kadar pada bulan ini akibat data pekerjaan yang agak mengecewakan.

Emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.31% kepada 41,330.85 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, silver futures dan copper futures masing-masing meningkat kepada $19.627 satu troy ounce dan $2.082 sepound.

Semalam, harga emas berlegar berhampiran angka tertinggi dalam tempoh seminggu berikutan pasaran US yang bergerak perlahan sempena cuti umum hari buruh.

telegram-moshed

Pada Jumaat, emas melonjak ke puncak tertinggi dalam tempoh seminggu berikutan matawang Greenback yang melemah setelah data pekerjaan dikeluarkan.

Walaupun data tersebut mengecewakan, kebanyakan pelabur masih percaya bahawa Fed akan menaikkan kadar sekurang-kurangnya sekali sebelum akhir tahun ini.

Pada Selasa, laporan pertumbuhan sektor perkhidmatan Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan pelabur selepas laporan NFP minggu lepas.

 

Pasca Brexit : Sektor Pembuatan Pula Dilapor Makin Tenat 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register