Share This Post

AUD/USD / EUR/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / NZD/USD / Sesi Eropah / USD/JPY

Sesi Eropah Menyaksikan Kebanyakan Trader Lebih Gemar Mengambil Pendekatan Tunggu dan Lihat

Sesi Eropah Menyaksikan Kebanyakan Trader Lebih Gemar Mengambil Pendekatan Tunggu dan Lihat

Matawang gergasi meningkat lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain dalam sesi ini menjelang sidang akhbar oleh Donald Trump yang dikatakan bakal menerangkan dengan lebih lanjut mengenai rancangannya terhadap dasar ekonomi AS.

Dalam sesi ini juga, US Dollar Index meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 102.18.

Peningkatan mendadak US Dollar selepas kemenangan Trump pada bulan November lalu dikatakan masih terkawal.

telegram-moshed

Dalam sesi ini, Euro menyusut sebanyak 0.1 peratus selepas mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 10 hari sebelum ini.

EUR/USD, 30 minit

US Dollar pula telah mengukuh sebanyak 0.3 peratus kepada 116.100 Yen selepas mencatat kerugian selama dua hari berturut-turut disebabkan oleh lonjakan permintaan terhadap matawang Yen.

USD/JPY, 30 minit

Menurut ahli strategi matawang kanan di Brown Brothers Harriman di Tokyo iaitu Masashi Murata, beliau tidak menyangka bahawa sesi Tokyo akan menjadi setenang ini. Hal ini juga mencerminkan langkah berhati-hati yang diambil oleh pasaran sebelum Trump berucap.

Bagi matawang lain, Sterling menjunam sebanyak 0.1 peratus kepada $1.2168 berikutan kebimbangan terhadap kesan Brexit kepada Britain.

GBP/USD, 30 minit

Aussie pula didagang tidak berubah selepas mencapai tahap tertinggi sejak Disember yang lalu. Penurunan US Dollar dan kenaikan harga arang batu telah menyokong kekuatan US Dollar untuk sepanjang minggu ini.

AUD/USD, 30 minit

Sementara itu, Kiwi dinilai stabil pada $0.6987 dalam sesi ini.

NZD/USD, 30 minit

Pemengang PhD Ekonomi Ini Akan Meninggalkan Sistem Fed Oktober Nanti

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register