728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Eropah

Sesi yang Lebih Ceria Buat Aussie dan Kiwi

Sesi yang Lebih Ceria Buat Aussie dan Kiwi

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih tinggi berbanding US Dollar pada hari Selasa berikutan komen positif oleh Reserve Bank of Australia (RBA). Data Amerika Syarikat yang mengecewakan terus mempengaruhi penurunan US Dollar.

AUD/USD meningkat 0.42% kepada 0.7705.

AUD/USD, 15 minit

AUD/USD, 15 minit

telegram-moshed

Dalam minit mesyuarat bulan Ogos, RBA meramalkan pertumbuhan ekonomi akan bertambah pesat pada pertengahan tahun 2017.

Kenyataan ini berbeza dengan kenyataan bank pusat itu yang dibuat pada 5 Ogos yang meramalkan pertumbuhan pada tahun 2018.

Keyakinan ini sekali gus memadamkan jangkaan pemotongan kadar dalam mesyuarat sebelum ini oleh RBA. Pada awal bulan ini, penanda aras bagi interest rate telah diturunkan kepada rekod terendah iaitiu 1.5%.

NZD/USD juga mencatat kemajuan 0.65%.

Sementara itu, matawang Greenback kekal di paras yang agak rendah selepas data yang mengecewakan dari AS. Perkara ini secara tidak langsung menjejaskan jangkaan kenaikan kadar bagi penghujung tahun ini.

US Dollar yang mengukur kekuatan Greenback tergelincir 0.48% kepada angka terendah sejak 3 Ogos lalu.

Anda Rugi Jika Abaikan 5 Perkara Penting Dalam Pasaran Hari Ini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register