Share This Post

Artikel Umum

Siapa Janet Yellen? Kami Sediakan 9 Fakta Menarik Mengenai Beliau Dalam Artikel Ini

Siapa Janet Yellen? Kami Sediakan 9 Fakta Menarik Mengenai Beliau Dalam Artikel Ini

Janet Louise Yellen, ialah seorang ahli ekonomi Amerika Syarikat. Janet merupakan pengerusi Lembaga Governor kepada Federal Reserve System menggantikan Ben Bernanke.

Dari Kiri : Obama, Yellen dan Bernanke

  1. Dilahirkan pada 13 Ogos 1946, dalam keluarga Yahudi di Brookyln, ayahnya Julius Yellen berasal dari Poland.
  2. Suami Janet, George Akerlof merupakan seorang ahli ekonomi dan juga merupakan pemenang Nobel Peace Prize.
  3. Hanya Janet sahaja perempuan yang berjaya memperoleh Ph.D dalam ekonomi di Yale University daripada 24 orang.
  4. Salah satu daripada nota Janet semasa di Yale University, telah memenangi Nobel Prize.
  5. Pada 2013, Janet diberi mandat sebagai pengerusi Lembaga Governor Fed sekaligus menjadikannya wanita pertama menjadi pengerusi Fed sejak pengasasan Fed 100 tahun lalu iaitu pada 1913.
  6. Janet merupakan antara yang awal mengesan masalah pasaran perumahan semasa Krisis 2007-2008 dan pada tahun itu juga beliau membahaskan “property bubble” akan berlaku bila-bila masa sahaja.
  7. Di Wall Street, gelaran “dove” diberikan kepada Janet memandangkan Janet lebih peka kepada isu pengangguran melebihi isu inflasi.
  8. Dikatakan, sepanjang penjawatannya sebagai pengerusi Fed, dilihat lebih telus berbanding Ben Bernanke dan Alex Greenspan.
  9. Janet merupakan seorang pengumpul stem dan nilai koleksi stem beliau bernilai lebih daripada $50,000.

Dalam Forex Trading, kita cuba untuk belajar sektor ekonomi betul-betul dan menambah ilmu kita dari segi pemahaman dan pengenalan kepada individu-individu yang memainkan peranan penting seperti Janet Yallen, Mario Draghi, Stephen Poloz dan lain-lain.

Dari pembacaan akan membuahkan pengetahuan yang boleh memberi manfaat kepada kita, contohnya kenapa Fed itu diwujudkan, dalam EU ada negara apa.

Seperti Moshed Mohamad pernah jelaskan dalam pos ini, kita merupakan antara orang yang peka dengan ekonomi dunia. Kita tahu bila tarikh referendum Brexit. Kita tahu kenapa Jepun dalam kegawatan ekonomi terlalu lama dan sebagainya.

Jadi, teruskan pembacaan ekonomi dunia secara santai di sini untuk isu-isu terkini dan juga trivia-trivia menarik dunia ekonomi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register