banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sidang Media Trump, Apa yang Kita Tahu Setakat Ini?

Sidang Media Trump, Apa yang Kita Tahu Setakat Ini?

Donald Trump akan mengadakan sidang medianya yang pertama selaku Presiden yang dipilih dalam pilihanraya pukul 12 tengah malam ini. Berikutan itu, suasana dagangan di Wallstreet agak hambar dengan pergerakan yang mendatar pada Selasa.

Pagi tadi waktu Malaysia, Presiden Obama pula, telah menyampaikan ucapan terakhirnya bersempena berakhirnya tempoh jawatannya sebagai PEOTUS (President of the United States). Obama menggesa seluruh rakyat Amerika untuk terus terlibat dalam proses politik negara itu, dan tidak sampai 24 jam perhatian akan terarah pula kepada Trump.

Menurut laporan, Trump akan mengadakan sidang media tersebut di Trump Tower (Menara Trump) New York. Ini adalah peluang untuk pemain pasaran mendapatkan maklumat berkaitan perancangan beliau dalam pentadbiran US.

banner-belajar-forex-percuma-300x250

Menurut bakal Setiausaha Media di White House Sean Spicer, Trump akan menjelaskan bagaimana beliau akan memberi fokus pentadbiran sebagai PEOTUS dan perniagaannya. Pemain pasaran masih mengharapkan terdapat komen berkaitan polisi fiskal malam ini.

Trump sebelum ini telah berjanji untuk “Make Amerika Great Again” dalam ucapannya sebelum ini dengan perbelanjaan fiskal sehingga 1 trillion US dolar, pemotongan cukai korporat sehingga 15% dan perubahan kepada regulasi industri utama di US.

Minggu lepas sahaja, Trump telah mengancam syarikat General Motors dengan cukai tinggi jika mengimport kereta dari Mexico dalam usahanya untuk melindungi syarikat-syarikat US dan melindungi ekonomi domestik. Pengarah General Motor Mary Barra membalas dengan mengatakan, “Ancaman Trump tidak akan mengubah perancangan syarikat”.

Barra menambah bahawa, “Ini adalah perniagaan yang sudah bertapak lama dengan pelaburan modal yang tinggi, dimana keputusan telah dibuat, dua, tiga dan empat tahun yang lalu.”

Polisi Trump sememangnya begitu melindungi ekonomi domestik US dan telah berjanji akan membuat dinding perdagangan yang kuat dengan negara jiran seperti Mexico. Sebelum ini beliau juga berikrar untuk membincangkan semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang akan memberi risiko perdagangan kepada negara-negara Amerika Utara.

Ulasan Minit Mesyuarat FOMC, Ketidaktentuan Trump Menyelubungi Pasaran

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal