Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

Sidang Media Trump Malam Ini, Pasaran Dijangka Bergerak Pantas!

Sidang Media Trump Malam Ini, Pasaran Dijangka Bergerak Pantas!

Pasaran saham Asia didagangkan perlahan pada Rabu berikutan sidang media pertama akan dibuat oleh bakal Presiden Donald Trump, iaitu yang pertama sejak pilihanraya November.

Sidang media ini dibuat berikutan laporan agensi berita tentang maklumat yang tersebar dikalangan musuh Trump yang telah dihantar kepada agensi berkenaan untuk disiasat. Maklumat ini adalah berkaitan hubungan antara Trump dan pihak Rusia. Trump pula telah menyangkal laporan berkenaan.

Dalam sidang media itu nanti, Trump dijangka dihujani soalan tentang polisi pntadbiran yang dibawa oleh beliau, berikutan pasaran mahu mendapatkan lebih maklumat tentang perancangan beliau apabila memasuki White House pada 20 Januari ini.

telegram-moshed

Sidang media ini dijangka akan berlangsung pukul 12.00 tengah malam waktu Malaysia dan akan menjadi tumpuan pemain pasaran global.

Trump dalam ucapan kemenangannya pada November lepas telah berjanji untuk melipatgandakan pertumbuhan ekonomi US dan juga perbelanjaan fiskal sehingga 1 trillion beberapa tahun akan datang. Hal inilah yang telah menguatkan US dolar sejak November, kerana jangkaan ekonomi yang lebih baik di bawah beliau.

Walaubagaimanapun, pasaran sejak tempoh akhir tahun 2016 sehingga awal tahun ini menunjukkan sedikit kelemahan kepada US dolar dengan pergerakan pasaran yang agak volatile (turun-naik). Tidak dapat dinafikan hal ini berpunca dari sedikit ketidaktentuan dalam ekonomi US, ditambah lagi dengan laporan minit mesyuarat FOMC sebelum ini yang menyebabkan US dolar melemah berbanding majoriti matawang utama yang lain.

Malam ini kita bakal mendapat maklumat dari sidang media ini berkaitan sedikit perancangan pentadbiran baru Trump. Pasaran masih memberi perhatian pada 20 Januari ini, semasa Trump memasuki White House untuk mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang polisi ekonomi dan pentadbiran beliau.

Walaubagaimanapun, sebarang komen tentang perancangan ekonomi atau polisi fiskalnya, mampu menggerakkan pasaran pada malam ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register