banner-mutm-728x90

Share This Post

Berita Lokal / Ekonomi dan Isu Semasa

Singapura Menutup Falcon Private Bank Selepas Dikaitkan Dengan Kes Penyelewengan Dana 1MDB

Singapura Menutup Falcon Private Bank Selepas Dikaitkan Dengan Kes Penyelewengan Dana 1MDB

Bank pusat Singapura menamatkan operasi Falcon Private Bank dibandaraya itu selepas dikaitkan dengan kes penipuan wang haram. Falcon Private Bank juga merupakan bank kedua yang ditarik balik lesennnya ketika siasatan masih dijalankan ke atas dana aliran yang memepunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd atau 1MDB.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik balik status bank swasta Switzerland yang bertapak di negaranya itu, serta menahan pengurus cawangan bank tersebut iaitu Jens Sturzenegger pada 5 Oktober lalu.

Keputusan yang dibuat ke atas Falcon tersebut dikatakan sebagai kes kawalan pencegahan wang haram dan salah laku pengurusan bank yang serius berlaku di Singapura.

telegram-moshed

Singapura juga berjanji untuk menjalankan tindakan yang lebih keras keatas mana mana institusi kewangan yang turut terlibat dengan masalah tersebut. Negara itu juga sebelum ini telah mengumumkan rampasan sebanyak $240,000,000 ($175 juta) aset yang dikaitkan dengan penipuan tersebut.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat tentang bagaimana berbiliion-billion Dollar mampu dipesongkan bertujuan untuk membiayai projek-projek pembangunan di seluruh Malaysia.

Bank DBS dan UBS juga telah didenda sebanyak masing-masing bernilai $1 juta dan $1.3 juta kerana  kesilapan pegawai bank yang telah melibatkan diri dengan kes penyelewengan tersebut.

Sementara itu, UBS dan DBS berkata bahawa mereka akan mengukuhkan kawalan terhadap semua pekerjanya dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat mana mana pekerja yang bersubahat dengan kes terbabit.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register