Sokongan IMF Diperlukan Untuk Menyelamatkan Greece Dari Beban Hutang

0 10

Menteri-menteri kewangan Zon Euro sedang mencari jalan penyelesaian agar hutang Greece dapat diselesaikan. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut melibatkan diri dalam program bantuan yang direncana bagi membantu negara tersebut.

Memetik kenyataan ahli bank pusat Eropah, Benoit Coeure, yang juga mengambil bahagian dalam mesyuarat EuroGroup, perbincangan ini berkisar tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kemampanan hutang Greece.

Menurut beliau lagi, mereka teruja untuk menyelesaikan masalah ini bagi mengembalikan keyakinan pasaran terhadap negara Greece. Program tersebut turut bertujuan untuk memulihkan akses pasaran Greece menjelang penghujung program ini.

Program tersebut dijangka bakal berakhir pada Julai 2018.

Benarkan Penggunaan Beg Kertas Lebih Baik Dari Plastik? Ramai Akan Berfikir Dua Kali Selepas Mengetahui Fakta Ini!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa