728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Soros datang lagi, mimpi ngeri Bank of England sekali lagi?

Soros datang lagi, mimpi ngeri Bank of England sekali lagi?

Masih ingatkah “Black Wednesday”? Kami ada menceritakan perihal ini secara ringkas dalam pos ini. Dalam pos ini ada diterangkan secara ringkas apa itu “Black Wednesday” dan siapakah yang berjaya mengaut keuntungan $1 Billion dengan 1 transaksi sahaja.

Kali ini George Soros kembali dengan kenyataan bahawa jika UK keluar daripada EU, tidak mustahil kesannya lebih teruk daripada Black Wednesday.

Katanya lagi, jika Brexit berlaku, Pound akan menjunam sekurang-kurangnya 15% dan kebarangkalian tinggi untuk menjunam lebih daripada 20%.

telegram-moshed

Menurutnya semasa ditemuramah oleh akhbar Guardian, “Nilai Pound akan merosot teruk, dan ini sekaligus akan memberi kesan yang sangat buruk kepada pasaran kewangan, pelaburan, harga dan juga pekerjaan”.

Soros, dikenali sebagai “The Man who Broke the Bank of England” pada 1992 dalam sesi temuramah itu menegaskan, spekulator sangat-sangat teruja untuk mengeksploitasi isu ini untuk mendapatkan keuntungan ibarat durian runtuh.

Dan kata-katanya yang terakhir sangat memberi kesan kepada kami di Tim MoshedFX.

“Brexit akan buat beberapa orang kaya – dan kebanyakan pengundi akan lebih miskin”.

Soros juga memberitahu bahawa pengundi-pengundi memandang remeh akan kos sebenar jika berlakunya Brexit. Ramai yang percaya bahawa keluarnya daripada EU tidak memberi kesan kepada keadaan kewangan mereka. Dan ini sangat berbahaya kepada mereka.

Hari ini hari selasa, hanya berbaki esok sebelum hari referendum dan lusa sebelum keputusan diumumkan.

Tim MoshedFX menegaskan agar kita semua elakkan daripada dibaham market yang tengah menggila tambahan dieksploitasi pula oleh spekulator-spekulator lapar.

Ingat, ada baiknya tak masuk trade daripada masuk trade, rugi. Leverage dan Margin sedang dikawal oleh broker-broker. Ini juga merupakan satu amaran kepada trader semua kerana mereka juga ingin menjaga capital mereka.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register