Moshed Squawk

Update Terkini

(3.30 am) Sebab US dolar melonjak sejak pukul 1 pagi Selasa

Matawang safe haven Yen dan Chf melemah selepas laporan pertemuan diplomat Korea Utara dan Amerika Syarikat. Emas juga melemah secara mendadak sejak pukul 1 pagi tadi.

Terdapat juga laporan bahawa John Taylor bertemu dengan Trump sebagai salah seorang calon pengerusi The Fed yang baru. Taylor dianggap sebagai seorang yang hawkish.

 

(8.37 pm) GBP/USD jatuh disebabkan berita ini

Matawang GBP sekali lagi terkesan oleh risiko Brexit di mana Bloomberg melaporkan bahawa UK akan melihat kegagalan Brexit jika EU enggan berkompromi. GBP/USD jatuh hampir 60 pip ke paras terendah berikutan kebimbangan pasaran terhadap hal ini.

Pasaran juga bimbang jika kedatangan May ke Brussels hanya sia-sia tanpa sebarang kemajuan dalam rundingan.

(3.40 pm) Tentera Iraq VS Kurdish – Harga minyak mentah dunia melonjak

Tentera Iraq dan Kurdish bertempur dekat Kirkuk yang meningkat kebimbangan terhadap gangguan bekalan di wilayah itu.

Hal ini sekaligus akan menyumbang kepada gangguan bekalan dunia seterusnya menolak penawaran minyak mentah lebih rendah.

(12.17 am) Matawang GBPUSD melonjak 100 PIP selepas laporan ini

GBP/USD, GBP/JPY melonjak hampir 100 pip selepas laporan yang mengatakan Kesatuan Eropah mungkin akan menawarkan tempoh transisi kepada UK selepas Brexit.

  • Sekurang-kurangnya hal ini akan memberi lebih masa kpd UK utk bersedia selepas betul-betul keluar dari EU
  • Mengurangkan ketidaktentuan ekonomi UK

Dan seperti biasa reaksi pasaran adalah positif terhadap perkara ini dan melonjakkan Sterling.

(6.38 pm) GBP jatuh mendadak. Sidang media rundingan Brexit sedang berjalan

  • Pasangan matawang GBP/USD jatuh hampir 90 pip sejak tiga jam lepas.
  • Sidang media selepas rundingan Brexit pusingan ke-5 sedang berjalan.

Antara maklumat terkini dalam sidang media Barnier adalah:

  • Keadaan masih kekal untuk memulakan hubungan di masa hadapan antara UK-EU
  • UK kata akan perkenalkan sistem yang mudah agar rakyat EU boleh dapatkan hak mereka di UK.
  • UK masih belum bersedia mengesahkan bayaran Brexit kepada EU

US Dolar lemah selepas minit mesyuarat FOMC

Point penting minit mesyuarat FOMC

  • Ramai ahli The Fed melihat satu lagi kenaikan kadar faedah tahun ini.
  • Ramai ahli Fed bimbang dgn inflasi rendah yang bukanlah hanya sementara.
  • Sedikit ahli Fed yg mahu kenaikan kadar ditangguhkan
  • Beberapa ahli Fed mahu melihat data sebelum menaikkan kadar
  • Ahli-ahli The Fed jangka bacaan inflasi beberapa bulan akan datang mendapat kesan daripada taufan.
  • Ramai ahli Fed jangka kenaikan kadar gaji dengan pasaran buruh yang semakin baik.
  • Beberapa ahli Fed bimbang dgn trend inflasi di bawah 2%

Inflasi rendah hanya sementara ini beberapa kali diulang dan ditegaskan sendiri oleh Janet Yellen. Dengan kebimbangan ahli The Fed tentang perkara ini, ia telah menyebabkan US dolar jatuh selepas minit mesyuarat ini dikeluarkan pukul 2 pagi tadi.

(10.30 pm) USD Lemah mendadak disebabkan Korea Utara

  • Khabar angin yang mengatakan Korea utara akan membuat ujian peluru berpandu sebantar tadi pukul 10.30 malam.
  • Ujian peluru berpandu ini dikatakan boleh mencapai wilayah barat Amerika Syarikat.
  • Seperti biasa US dolar terkesan dengan Yen mengukuh.

(8.30 pm) Tuntutang pengangguran positif

Actual: 260k     Forecast: 266k      Previous: 272k

(8.30 pm) Trade balance Kanada merosot

Actual: -$3.4 billion     Forecast: -$2.6 billion      Previous: -$3.0 billion

Imbangan dagangan (trade balance) Kanada negatif. Defisit dagangan meningkat.

USDCAD melonjak selepas data ini dikeluarkan.

(6.20 pm) Tumpuan kepada ECB pukul 7.30 malam ini

  • Penting untuk pasaran dapatkan maklumat lanjut dalam minit mesyuarat ECB yang akan dikeluarkan pukul 7.30 malam ini.
  • Pasaran akan tumpu kepada komen tentang pengukuhan matawang Euro
  • Pasaran akan fokus kepada maklumat lanjut tentang perancangan penamatan pelonggaran polisi monetari.

(3.15 PM) GBP jatuh disebabkan ketidaktentuan Brexit

GBPUSD jatuh 60 pip pukul 3.15 petang tadi berikutan ketidaktentuan politik di UK. Hal ini ditambah lagi dengan politik UK yang akan memberi kesan kepada Brexit.

Ketika ini Theresa May juga berhadapan dengan cadangan untuk beliau meletakkan jawatan daripada kalangan ahli kabinet dan parti beliau sendiri.

Untuk berita lebih pantas dan ringkas klik sini.

(3.00 PM) Bagaimana matawang Euro terkesan daripada isu Catalonia

Kesan Kepada Matawang Euro

Ia tidaklah sebesar seperti yang disangka oleh ramai orang di luar sana dengan mengambil kira situasi yang tidak terlalu meruncing ketika ini.

Antara sebab Euro tidak akan terlalu tertekan kepada hal ini adalah:

1) Ia hanya isu domestik Sepanyol dan bukan isu bagi Kesatuan Eropah.

2) Catalonia mahu keluar dari Sepanyol dan bukan Sepanyol yang keluar daripada Kesatuan Eropah. Jika Sepanyol yang mengadakan referendum untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, sudah tentu kita melihat kejatuhan matawang Euro sebesar 300 pip dan ke atas.

Walaubagaimanapun, pasaran akan terus memerhatikan perkara ini dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pasaran tukaran matawang forex khususnya Euro.

Kadar Faedah

Bank Pusat Kadar Faedah Perubahan Mesyuarat Seterusnya
Federal Reserve 1.25 % Mar 15, 2017 Sep 20, 18:00 GMT
European Central Bank 0 % Mar 10, 2016 Sep 7, 11:45 GMT
Bank of Japan -0.1 % Jan 29, 2016 Sep 21, 02:00 GMT
Bank of England 0.25 % Aug 4, 2016 Aug 3, 11:00 GMT
Bank of Canada 0.75 % Jul 12, 2017 Sep 6, 14:00 GMT
Reserve Bank of Australia 1.5 % Aug 2, 2016 Aug 1, 04:30 GMT
Reserve Bank of New Zealand 1.75 % Nov 10, 2016 Aug 10, 21:00 GMT
Swiss National Bank -0.75 % Jan 15, 2015 Sep 14, 07:30 GMT

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!