Share This Post

CRUDE OIL / Pandangan Kalendar Ekonomi

Stok Minyak Mentah US Meningkat Lebih Dari Jangkaan

Stok Minyak Mentah US Meningkat Lebih Dari Jangkaan

Institut Petroleum Amerika (API) merekodkan peningkatan 1.5 juta tong inventori minggu lalu, sedikit tinggi dari jangkaan pasaran iaitu kenaikan 0.9 juta tong.

Manakala dalam data American Petroleum Institution (API) yang dikeluarkan sebelum ini, mencatatkan pengurangan 7.40 juta tong minggu lalu.

Inventori gasolin pula merekodkan kenaikan 1.69 juta tong berbanding peningkatan mendadak 4.25 juta tong minggu lalu.

telegram-moshed

Data yang dikeluarkan ini mengekalkan kebimbangan terhadap jumlah inventori dan terdapat keraguan terhadap permintaan dalam ekonomi US yang akan mempengaruhi pasaran minyak mentah.

Selepas harga minyak global jatuh 4% pada Isnin, pasaran ini meneruskan penurunan pada Selasa sehingga menghampiri harga $50 setong bagi minyak WTI (West Texas Intermediate) dari paras tertinggi Isnin $53.83.

Selain itu, terdapat kebimbangan kepada risiko peningkatan pengeluaran dari US, yang akan mengurangkan potensi kenaikan harga minyak global. Hal ini berikutan ramalan EIA (Energy Information Administration) bahawa pengeluaran minyak dari US boleh meningkat kepada 9 juta tong pada 2017 berbanding 8.89 juta pada 2016.

Ketika ini minyak mentah WTI didagangkan di paras $51.08 setong , manakala minyak Brent (Bren-oil) pula di paras $53.84 setong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register