Stok Minyak US Memberi Kesan Besar Buat Pasaran Minyak Mentah

0 0

Harga oil future meningkat pada awal sesi Asia selepas kumpulan industri mengeluarkan laporan angka mingguan. Laporan terbabit menunjukkan stok minyak Amerika Syarikat jatuh melebihi jangkaan minggu lalu.

Brent crude naik 13 sen kepada $46.79 setong pada 0017 GMT. Pada Selasa lalu, kontrak ditetapkan pada 30 sen, atau 0.6% pada $46.66 setong.

Pada masa yang sama, US West Texas Intermediate (WTI) crude meningkat sebanyak 7 sen kepada $44.72 setong. Rekod ini menunjukkan penyusutan sebanyak 5.9 sen atau 1.3% iaitu pada $44.65 pada sesi sebelum ini.

American Petroleum Institute (API) pula melaporkan kejatuhan stok minyak US sebanyak 2.3 juta setong pada minggu lepas.

Lebih memberi kejutan apabila sebanyak 484,000 tong minyak diesel dikeluarkan dari inventori mereka. Selain itu, laporan turut melaporkan pengeluaran gasoline sebanyak 805,000 tong.

Sehubungan dengan itu, Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA) akan mengeluarkan data invetori pada hari Rabu. Jika EIA mengesahkan pengeluaran tersebut, ia menjadi minggu kesembilan berturut-turut US melaporkan penurunan minyak mentah.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa