728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Sudah Bersedia Untuk Trade Minggu Ini? Baca Dulu Artikel Ini!

Sudah Bersedia Untuk Trade Minggu Ini? Baca Dulu Artikel Ini!

Pasaran minggu akan datang akan menumpukan tumpuan penuh kepada ucapan pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen untuk mencari klu adakah akan berlakunya kenaikan interest rate tahun ini.

Tambahan pula, pelabur masih lagi mahukan keyakinan lebih daripada laporan ekonomi Amerika Syarikat untuk melihat adakah negara ekonomi terbesar dunia itu mampu menampung kenaikan interest rate dalam tempoh terdekat.

Sementara itu bagi GBP pula, pelabur menantikan bacaan kedua berkenaan dengan perkembangan ekonomi UK.

telegram-moshed

Sebelum anda trade minggu depan, jangan lupa tandakan 5 news penting di bawah :

  1. Janet Yellen Berucap

Pasaran menantikan ucapan oleh pengerusi Fed, Janet Yellen di Jackson Hole pada jumaat nanti.

Spekulasi ada mengatakan Janet Yellen akan memberikan klu-klu berkenaan dengan interest rate.

Selain daripada itu, Janet Yellen juga akan mengumumkan beberapa dasar-dasar penting.

Pelabur menjangkakan 12% akan berlakunya kenaikan rate pada September manakala 46% pada Disember.

  1. Data GDP Amerika Syarikat

Selain daripada ucapan Yellen, Amerika Syarikat juga akan mengeluarkan laporan perkembangan ekonomi suku tahun kedua yang sudah disemak pada jumaat nanti.

Selain daripada laporan GDP, mereka juga akan mengeluarkan data jualan rumah baru, jualan rumah sedia ada, pesanan barangan tahan lama, data pengangguran dan jumlah sentimen pengguna.

Klik sini untuk belajar Forex!

  1. Jangkaan GDP Q2 UK

Jabatan Statistik Nasional United Kingdom akan mengeluarkan jangkaan kedua bagi perkembangan ekonomi daripada April ke Jun pada jumaat nanti.

Persoalan yang timbul adalah, apakah kesan-kesan Brexit bakal terjawab dengan jangkaan tersebut.

  1. Ucapan Gabenor Kuroda

Manakala di Asia, untuk matawang JPY, Gabenor Bank of Japan iaitu Haruhiko Kuroda akan berucap pada selasa ini.

  1. Iklim Bisnes Jerman

Khamis bakal melihatkan laporan bisnes daripada Jerman yang akan memberi kesan kepada Euro.

Di bawah, sumber daripada Forex Factory merupakan kalendar news pada minggu akan datang.

Kalendar 21-27 Ogos

Kalendar 21-27 Ogos

Sakit woi kena tipu dengan broker! Klik di sini untuk baca.

Share This Post

Lost Password

Register