728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Sudah Muak Dengan Masalah Yang Sama, Peniaga Mula Guna ‘Short Position’

Sudah Muak Dengan Masalah Yang Sama, Peniaga Mula Guna ‘Short Position’

Harga minyak turun pada awal dagangan dan masih kekal di paras terendah. Kebanyakan pelabur juga dilihat mengambil langkah ‘short position’ bagi melindungi kedudukan mereka.

WTI mentah didagang pada $41.81 setong, meningkat 6% daripada nilai terendah yang dicatat pada Selasa.

Brent mentah pula menjunam 13 sen pada sesi dagangan hari ini.

telegram-moshed

Peniaga berkata, pasaran minyak mentah masih berada di bawah tekanan apabila terus dibelenggu lebihan bekalan minyak mentah dan produk tapisan. Hal ini mencetuskan penyewaan beberapa tangki tambahan bagi menyimpan bahan api yang tidak terjual.

Pun begitu, para peniaga masih boleh memperoleh keuntungan melebihi 20% apabila dilihat mengambil kesempatan terhadap kejatuhan harga minyak melalui ‘short position’.

Sebagai bukti, data dari CTFC menunjukkan peningkatan terhadap pelabur yang menggunakan position ini sejak 26 Julai lalu.

Juga dalam pasaran minyak, alat komunikasi utama yang digunakan oleh peniaga minyak sejak 1990 ditutup pada hari Jumaat. Jadi, peniaga dilihat menggunakan alternatif lain termasuk Eikon Messenger, pesanan ringkas ICE, Symphony, Bloomberg Messenger, Twitter dan WhatsApp.

Bagi penentuan harga dan analisis, S&P Global Platts telah menandatangani perjanjian untuk mengambil alih firma analisis pasaran tenaga global daripada PIRA Energy Group.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register