banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Sumber-Sumber Ini Boleh Membantu Anda Menguruskan Kewangan Untuk Menjadi Trader Berjaya

Sumber-Sumber Ini Boleh Membantu Anda Menguruskan Kewangan Untuk Menjadi Trader Berjaya

Menguruskan kewangan peribadi merupakan 1 perkara yang sangat penting dalam hidup seseorang dna ramai tidak mempunyai pendidikan kewangan sehingga tercekik dek cashflow yang negatif.

Pendidikan ini tidak diajar di sekolah malah tidak juga diajar di kolej mahupun universiti melainkan dengan inisiatif persatuan pelajar atau program luar.

Sebagai seorang trader, pengurusan kewangan sangat-sangat-sangat penting. Memang ramai yang terjun dalam dunia trader kebanyakannya adalah kerana kesempitan wang.

Namun jika terjun tanpa payung terjun, lagi lah berbahaya. Tambah-tambah lagi jika duit yang dideposit ke dalam akaun itu duit makan minum susu anak, lagilah tercekik jika loss malah kalau MC boleh garu kepala tak tidur malam.

Pendidikan kewangan sangat penting untuk anda mempunyai capital sebagai modal trade. Tapi daripada mana nak belajar kewangan ni?

Zaman sekarang adalah zaman informasi yang segala jenis ilmu boleh dicari sama ada dengan percuma atau berbayar. Anda tahu trade daripada mana? Internet kan?

Kami senaraikan 5 sumber pendidikan kewangan dan tolonglah belajar uruskan kewangan betul-betul sebelum masuk ke dunia trading yang mencabar ni.

  1. Buku dan Majalah

Ini adalah sumber yang tradisional. Sekarang terdapat pelbagai rujukan kewangan yang boleh didapati daripada buku mahupun majalah.

Jika bahasa inggeris anda tidak berapa bagus, dapatkan buku bahasa melayu. Ramai penulis-penulis kewangan dalam bahasa melayu yang menyampaikan ilmu untuk anda.

Kuncinya, cari dan rajinkan diri pergi ke kedai buku ya.

  1. Seminar dan Kelas

Nak belajar secara percuma ada. Berbayar pun ada. Yang penting, jika tak mampu bayar, jangan pula termakan dengan marketing dan bayar kelas yang mahal.

Boleh cari kelas atau seminar percuma atau dengan bayaran yang sangat rendah di Facebook dan sebagainya.

  1. Internet

Ini lagilah senang. Semua di hujung jari saya. Google saja “pengurusan kewangan” pasti akan jumpa sumbernya.

  1. Rancangan Televisyen

Di Malaysia kita masih lagi kekurangan sumber pendidikan kewangan dari segi pendidikan kewangan namun masih boleh tonton daripada rancangan televisyen luar negara.

  1. App Smartphone

Semakin banyak app smartphone yang berbentuk kalkulator kewangan boleh digunakan dan banyak juga app yang berbentuk pendidikan.

Jadi, sudah tiada alasan untuk anda tidak belajar pendidikan kewangan. Betul tak? Mahu jadi trader berjaya, kena uruskan kewangan sendiri terlebih dahulu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register