Tahukah Anda? Forex Trading Adalah Marathon – Jauh & Lambat Tetapi Yang Penting Sampai

0 741

Forex Trading boleh diumpamakan dengan sukan olahraga larian. Ada orang yang sesuai untuk menjadi SPRINTER dan ada sesetengah orang hanya sesuai lari JARAK JAUH (marathon). Marathon iaitu lari jarak jauh dalam konteks trading boleh dikatakan anda perlu bertahan lebih lama untuk terus berada dalam industri ini. Berbeza pula dengan sprinter atau high risk trader,mungkin untung besar pada awalnya tetapi selepas beberapa tempoh mungkin AKAUN terus Stop Out/ margin call.

Untuk kekal atau bertahan lama dalam trading, anda sememangnya perlu displin dan ketahanan seperti seorang pelari MARATHON. Dalam konteks trading anda perlu bersedia dan kuat dari pelbagai aspek.

Di sini kami kongsikan 5 perkara utama untuk anda terus displin dan dapat kekal lama dalam industri ini dan paling penting untuk menjadi PELARI MARATHON dalam industri ini.

#1 Pengurusan Kewangan (MM)

Money management (MM) contohnya risiko 2% untuk setiap posisi adalah secara teknikalnya anda trading secara marathon.

Pada lazim nya 2% risiko untuk low risk biginner atau kepada yang ingin bertahan lebih lama. Kita hanya merisikokan 2% dari modal kita dalam masa satu hari atau satu setup. Dengan cara ini, kita mempunyai kira-kira 50kali Stop Loss (SL) untuk Margin Call (MC).

#2 Kawalan Emosi

Jangan sesekali terpengaruh dengan screenshot  PROFIT rakan trader kita yang lain kerana mereka mungkin sprinter atau high risk trader. Kita dengan DIA mungkin tidak sama, kerana cara setiap trader melihat trading adalah berbeza, cara pendekatan juga mungkin berbeza. Dia dengan cara dia kita dengan cara kita. Dalam satu keadaan yang lain, mungkin kita tidak tahu berapa kali golongan ini berhadapan dengan Margin call sebelum mencapai kejayaan.

#3 Mempunyai trading Plan dan Jurnal

Sebelum membuka posisi, kita perlu tahu kenapa kita membuka posisi tersebut – reason to buy (RTB), dan reason to sell (RTS). Untuk menutup kekurangan SOP teknikal anda, kami menyarankan anda membuat trading jurnal dan mengumpul sebab mengapa posisi anda terkena Stop Loss. Sekiranya anda telah mengumpul 20 jurnal SL dan sebabnya, adakah anda akan membuat kesilapan yang sama lagi selepas ini? Sekurang-kurangnya anda akan lebih jelas melihat forex trading selepas itu.

#4 Pilih set-up yang jelas (trade what you see).

Di sini kami ingin memberi nasihat, sekiranya anda melihat ada beberapa setup SOP teknikal trading anda, hanya pilih satu sahaja untuk 2% risk, atau pilih 2 daripadanya dengan setiap satu risiko 1%. Sekiranya sudan FLOATING PROFIT, penting untuk anda lock profit itu. Sekiranya pada hari tersebut tiada set up yang muncul, anda dinasihatkan untuk tidak memasuki pasaran. Ingat “no trade is also position”.

#5 Tajamkan trading dengan analisis Fundamental

Anda disarankan untuk tidak bergantung kepada teknikal semata-mata. Sekiranya anda hanya trade berpandukan teknikal analisis sahaja, anda bakal berdepan kesukaran ketika ada NEWS yang dikeluarkan. Analisis fundamental perkara pertama sekali yang dibuat oleh kebanyakan trader professional di dunia, di mana mereka menentukan fundamental dan sentimen semasa matawang terlebih dahulu. Selepas membuat analisis fundamental, dan mengetahui arah pergerakan matawang barulah mereka membuat analisis teknikal untuk menentukan entry point, risk-reward dan sebagainya.

Percayalah 95% trader TIDAK melakukan perkara-perkara di atas. Jadilah salah satu daripada 5% trader yang berjaya.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa