Taiwan Inginkan Sistem Pembayaran Berasaskan Blockchain?

0 289

Gabenor Bank Pusat Taiwan, Yang Chin-long telah memberi ucapan bahawa bank Taiwan sedang proses meneroka teknologi Blockchain.

Pada beberapa, bandar Taiwan, Taipei telah mengumumkan bahawa bandar tersebut akan ditransformasikan kepada ‘bandar pintar’. Bandar ini akan menggunakan teknologi blockchain dalam beberapa sektor seperti merekod daftar kesihatan rakyat dan mengesan pencemaran. Bandar ini telah menjalankan kerjasama dengan syarikat IOTA iaitu yang juga merupakan salah satu matawang crypto.

Dalam ucapan tersebut, Yang Chin-long berkata bahawa bank pusat tidak mempunyai masalah dan terbuka untuk menerima pakai teknologi kecerdasan buatan dan analisis big data bagi meramal dan menganalisis keadaan ekonomi global dengan lebih tepat.

Dalam masa yang sama bank pusat juga akan cuba meneroka manfaat teknologi Blockchain bagi melancarkan sistem sekuriti dan meningkatkan lagi keefisienan sistem kewangan melalui teknologi blockchain.

Pada bulan Oktober 2017, Taiwan’s Financial Supervisory Commission (FSC) telah mengumumkan bahawa mereka menyokong perkembangan teknologi seperti ICO, matawang crypto dan Blockchain dalam negara ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa