728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

Tak tahu apa kesan daripada Brexit? Baca sekarang!

Tak tahu apa kesan daripada Brexit? Baca sekarang!

Hari Referendum akan diadakan pada hari ini untuk menentukan sama ada United Kingdom akan kekal dalam European Union atau akan menjadi negara pertama keluar daripada Kesatuan yang dianggotai oleh 28 negara.

Senarai negara-negara tersebut adalah seperti di bawah :

  1. Austria
  2. Belgium
  3. Bulgaria
  4. Croatia
  5. Cyprus
  6. Czech Republic
  7. Denmark
  8. Estonia
  9. Finland
  10. France
  11. Germany
  12. Greece
  13. Hungary
  14. Ireland
  15. Italy
  16. Latvia
  17. Lithuania
  18. Luxembourg
  19. Malta
  20. Netherlands
  21. Poland
  22. Portugal
  23. Romania
  24. Slovakia
  25. Slovenia
  26. Spain
  27. Sweden
  28. United Kingdom

Bendera European Union

telegram-moshed

Kenapakah United Kingdom mengadakan referendum Kekal/Keluar European Union?

Perdana Menteri UK, David Cameron mengadakan referendum ini bagi menunaikan janjinya kepada rakyat UK untuk mengundi sama ada mahu kekal dalam EU atau keluar daripada EU. Namun begitu, David Cameron mengeaskan bahawa UK mesti kekal dalam EU dan pelbagai tuntutan baru dimohon oleh David ke atas UK kepada EU. Walaubagaimanapun ramai di kalangan ahli parlimen mahu keluar daripada EU.

Apakah isu utama dalam debat antara Pro-Bremain dan Pro-Brexit?

  • Imigran

Pro-Brexit menegaskan UK harus mengawal kemasukan imigran dan meletakkan had jumlah kemasukan mereka bagi memastikan rakyat UK mendapat kebajikan yang setimpal dengan cukai yang dibayar. Tegas mereka lagi, selagi UK berada dalam EU, selagi itulah ramai imigran dari negara-negara akan masuk UK untuk bekerja dan mempunyai taraf hidup yang sama dengan rakyat UK.

Pro-Bremain pula berkata imigran EU datang ke UK untuk bekerja dan membayar cukai yang lebih, jika pintu UK-EU ditutup maka jumlah pengganguran di negara Europe akan meningkat.

  • Ekonomi

Pro-Brexit yakin dan tegas dengan pendirian mereka bahawa bisnes dan ekonomi UK dikawal ketat oleh peraturan yang ditetapkan oleh EU dan jika keluar daripada EU, UK boleh mencapai tahap ekonomi yang lebih baik malah dapat menjimatkan banyak duit yang dikeluarkan oleh UK kepada negara-negara miskin EU. Dan mereka juga yakin EU akan terus eksploitasi hasil daripada UK.

Pro-Brexit melalui professional pula risau akan masalah ekonomi yang bakal berlaku sekiranya Brexit kerana UK akan kehilangan pasaran eksport terbesarnya iaitu EU dengan purata sebanyak 45%. Mereka juga menyangkal Pro-Brexit apabila Pro-Brexit menekankan bahawa EU mengongkong UK, sedangkan UK berkembang maju dengan cepat dengan berada dalam EU.

Apakah scenario buruk bakal berlaku sekiranya Brexit?

Pound akan merosot. Bank of England mengeluarkan kenyataan jika berlakunya Brexit, matawang Great Britain Pounds akan merosot teruk dan penganalisa Wall Street menjangkakan Pound akan merosot sebanyak 20%.

Pasaran Saham Merudum. Dijangkakan pasaran saham UK akan merudum sebanyak 24% jika Brexit. Ini kerana pelabur-pelabur risau akan perkembangan ekonomi UK akan menjadi perlahan kerana ketidakpastian urusan niaga dengan EU.

Kegawatan ekonomi. Pound menjunam, pasaran saham merudum. Bank of England dan International Monetary Fund mengeluarkan kenyataan jika berlakunya Brexit, ia akan memulakan kegawatan ekonomi UK. Kebanyakan syarikat akan membuat permerhatian semua untuk melabur di UK sekiranya mereka keluar daripada EU.

Pengangguran. Kerajaan memberi amaran Brexit akan menyebabkan beratus ribu pekerja akan menganggur. Kegawatan ekonomi akan menyebabkan peningkatan pengangguran dan syarikat-syarikat besar akan relocate staf mereka sama ada di German atau di Perancis untuk mengelakkan gangguan terhadap bisnes mereka.

Kenaikan cukai dan potongan penggunaan. UK Treasury berkata kejutan ekonomi yang boleh berlaku daripada Brexit akan menyebabkan ketirisan ekonomi yang besar selepas krisis ekonomi global yang akan menyebabkan kenaikan cukai dan potongan penggunaan untuk menampung kerugian tersebut.

Kenapa kita kena peka dan tahu dengan isu ini?

UK adalah negara ke-5 terbesar dalam bidang ekonomi. Sekiranya UK mengalami kegawatan ekonomi, maka ia juga akan menyebabkan kegawatan ekonomi global.

Selain itu, ia juga akan memberi kejutan kepada negara-negara di Eropah, yang masih mengalami ekonomi yang rapuh dan pengangguran yang tinggi serta masalah pelarian.

Kebanyakan syarikat-syarikat besar berpusat di UK dan sekaligus akan memaksa operasi tersebut berpindah ke negara EU lain untuk meneruskan bisnes tanpa sebarang gangguan.

Brexit akan menyebabkan ketidakstabilan politik di UK dan Eropah. David Cameron berkemungkinan akan meletak jawatan, Pro-EU di Scotland akan cuba untuk keluar daripada UK sekali lagi dan Anti-Eu di negara-negara EU lain akan cuba untuk keluar daripada EU.

Manakala untuk Asia, kesannya akan dirasai oleh China kerana pasaran eksport China ke UK dan EU antara yang terbesar juga.

Brexit atau Bremain, sama-sama kita nantikan keputusan referendum tersebut esok. Teruskan bersama MoshedFX.com untuk perkembangan lanjut.

Sumber : What UK Thinks. Berdasarkan 6 poll yang diadakan sebelum ini, 51% rakyat UK mahu kekal dalam EU, manakal 49% mahu keluar daripada EU.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register