728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Tandakan event ini pada kalendar anda!

Tandakan event ini pada kalendar anda!

Minggu ini, pasaran akan memberi fokus kepada mesyuarat European Central Bank pada hari khamis, pukul 8:30 malam waktu Malaysia dan kita akan melihat sama ada pembuat dasar akan mengambil inisiatif untuk mengatasi kejutan negatif yang disebabkan oleh Brexit.

Pelabur-pelabur juga menanti-nantikan data-data yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan eurozone, terutamanya laporan perniagaan German pada jumaat nanti, untuk menentukan keadaan ekonomi Eropah.

Sementara itu, bagi pasaran UK pula akan memfokuskan kepada Indeks Purata Pendapatan yang akan dikeluarkan pada hari rabu pukul 4:30 petang waktu Malaysia.

telegram-moshed

Di Amerika Syarikat pula, pelabur-pelabur akan memberi tumpuan kepada laporan sektor perumahan untuk melihat sama ada ekonomi terbesar dunia kuat atau tidak jika berlakunya kenaikan interest rate pada tahun ini.

Kalendar

Sumber : Forex Factory

Dan untuk minggu ini juga, disenaraikan 5 perkara yang dilihat akan mempengaruhi pasaran.

  1. Mesyuarat Dasar European Central Bank

Keputusan interest rate ECB akan dikeluarkan pada hari khamis, pukul 7:45 malam waktu Malaysia dan kemudian akan memfokuskan kepada sidang media Mario Draghi, Presiden ECB yang akan berucap.

Konsensus adalah ECB akan mengekalkan interest rate dan dijangka Draghi akan mengeluarkan kenyataan yang bernada dovish dan mungkin akan memberi hint kepada perangsang ekonomi yang seterusnya.

  1. Indeks PMI

Eurozone akan mengeluarkan data aktiviti sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan dan dijangka akan berlakunya sedikit penurunan.

Selain daripada itu, Perancis dan German akan mengeluarkan laporan PMI mereka pada hari jumaat pukul 3:00 petang waktu Malaysia.

  1. Kajian Perniagaan German

Institut ZEW akan mengeluarkan laporan keadaan ekonomi German untuk melihat kesan daripada Brexit dan juga adakah Brexit mempengaruhi keyakinan pelabur.

Dijangka indeks tersebut akan berlakunya juga sedikit penurunan.

  1. Data CPI, Pekerjaan dan jualan runcit

Pejabat Statistik Kebangsaan UK akan menyiarkan data inflasi harga pengguna bagi bulan Jun pada hari selasa, pukul 4:30 petang waktu Malaysia. Penganalisa menjangkakan harga pengguna akan meningkat daripada 0.3% kepada 0.4%.

Pada hari rabu, pukul 4:30 petang akan dikeluarkan laporan pekerjaan yang terbaru.

Pada hari khamis, akan dikeluarkan laporan jualan runcit pukul 4:40 petang dan dijangkakan akan ada sedikit penurunan daripada bulan lepas.

Pasaran UK akan menutup minggu ini dengan laporan aktiviti sektor pembuatan Julai dan dijangka akan berlaku juga penurunan daripada 52.1 kepada 49.4.

  1. Data Perumahan

Jabatan perdagangan akan menerbitkan laporan perumahan dan permit bangunan bagi bulan Jun pada hari selasa, pukul 8:30 malam waktu Malaysia.

Data tersebut dijangka akan meningkat kepada 0.6% daripada 0.5% pada bulan lalu.

Pada hari khamis, Persatuan Agen Hartanah Kebangsaan akan mengeluarkan data jualan rumah yang sedia ada untuk bulan Jun.

Teruskan bersama moshed.com untuk perkembangan ekonomi dunia dan isu semasa.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register