728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Tandakan Siap-Siap Event Penting Sepanjang Minggu Ini Di Kalendar Anda!

Tandakan Siap-Siap Event Penting Sepanjang Minggu Ini Di Kalendar Anda!

Tim Mosheddotcom senaraikan event penting beserta kalendar Forex Factory yang boleh menjadi rujukan anda sepanjang minggu ini,

  1. Mesyuarat pengeluar utama minyak mentah

Beberapa ahli OPEC dan pengeluar utama dijangka akan mengadakan pertemuan tidak rasmi di Algeria pada 28 September 2016.

Mesyuarat ini amat dinanti oleh semua trader minyak berikutan prospek pembekuan bekalan minyak mentah bagi menstabilkan pasaran komoditi tersebut.

telegram-moshed
  1. Data Durable Goods AS

Data ini akan dikeluarkan pada Rabu, 28 September 2016. Sebelum ini Fed telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memutuskan untuk mengekalkan kadar pada September.

Kebanyakan penganalisis pasaran juga menjangkakan tiada kenaikan kadar akan dibuat oleh AS sehingga Disember. Bagaimanapun, data tersebut amat penting bagi menambah keyakinan semua pelabur terhadap kekuatan ekonomi US.

  1. Ucapan Presiden ECB, Mario Draghi

Ucapan ini dianggap penting bagi pasaran meneliti keputusan yang bakal diambil oleh Draghi sama ada menambah langkah-langkah tambahan atau tidak.

  1. Data akaun semasa UK

Data akaun semasa bagi separuh pertama tahun 2016 wajar diberi perhatian untuk melihat pertumbuhan ekonomi UK selepas peristiwa bersejarah, Brexit.

  1. Debat Pilhanraya Presiden AS

Debat pertama pilhanraya presiden AS ini dijadual bakal diadakan pada Isnin. Dalam perdebatan ini, pasaran akan mula meneliti setiap isi kandungan debat yang berpotensi untuk menambah kekuatan mahu pun kelemahan bagi kedua-dua calon presiden tersebut.

Sumber : Forex Factory

Sumber : Forex Factory

Nampaknya ramai yang masih resah dengan berita syarikat Petronas ini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register