Teknik Money Management yang Sangat Power & Profitable Tapi Ramai Ambil Mudah

0 4,465

Dalam setiap perniagaan HOLDING POWER adalah amat dititik beratkan. Salah satu cara untuk bertahan dalam sesuatu perniagaan adalah MONEY MANAGEMENT atau dalam bahasa melayu Pengurusan Kewangan.

Dalam menguruskan modal forex trading, tiada kos marketing sewa kedai liabiliti pekerja dan urus niaga dengan pembekal, di mana kita hanya perlu menguruskan akaun dagangan dengan baik.

“Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.”

Ok, seterusnya kami ada cadangan money management untuk newbie atau yang sudah lama dalam bidang forex. Tak kisah apa jua teknik yang kita gunakan, teknik dari langit atau bawah tanah, kita tetap terperangkap dalam “peraturan” pengurusan wang.

Pada lazim nya 2% risiko untuk low risk biginner atau kepada yang ingin bertahan lebih lama. Kita hanya merisikokan 2% dari modal kita dalam masa satu hari atau satu setup. Dengan cara ini, kita mempunyai kira-kira 50kali Stop Loss (SL) untuk Margin Call (MC).

Selain itu, Risk Reward Ratio R:R 1:2 iaitu Stoploss 2% Take-profit 4% juga perlu dititikberatkan. Sebagai contoh ambil satu setup dan stop loss hanya 2% daripada modal, katakanlah kita mempunyai USD 1000 risk atau sl kita hanya USD 20 sahaja dan take profit pula USD 40.

Atau pun risk rewarD 1:3 di mana kita merisikokan USD20 daripada modal USD1000. TP pula akan menjadi USD60. Jika anda kalah 6 kali dalam 10 kali trade dan menang sebanyak 4 kali, anda masih untung USD120.

4 Winning Trade daripada 10 Position.
Win – 4 X USD 60 = USD240
Loss – 6 X USD 20 = USD120

USD240 – USD120 = USD 120

Jika kita merisikokan akaun kita sehingga 10%, ia hanya memerlukan 10 kali terkena Stoploss untuk margin call. Tanya dengan diri kita bolehkah kita merisikokan 10%?

Kalau nak bertahan lama, sila gunakan peratusan risiko atau SL dan TP yang munasabah. Paling penting adalah ikut peraturan tersebut.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa