Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Terkini: Perkembangan Isu Potongan Cukai Amerika Syarikat Yang Trader Perlu Tahu

Terkini: Perkembangan Isu Potongan Cukai Amerika Syarikat Yang Trader Perlu Tahu

Jawatankuasa penulis rang undang-undang Senat US pada Selasa terus menunjukkan perbezaan dalam kertas cadangan pemotongan cukai di mana ‘House of Representative’ (House) berkemungkinan akan mengundi rang undang-undang tersebut seawal pada Khamis. Beriku adalah perkembangan terkini tentang ‘pemotongan cukai US’.

Ketua penulis rang undang-undang percukaian di House yakin ia akan lulus, tetapi cabaran besar adalah di Senat Republikan – Paraturan Byrd, iaitu tatacara yang mengatakan ‘rang undang-undang’ tidak boleh menambah defisit perbelanjaan jika pembuat polisi mahu ia lulus dengan majoriti mudah.

Jawatankuasa Kewangan Senat dijangka akan mula mendebatkan cadangan cukai Republikan yang mana kerajaan akan kehilangan $217 billion dalam tempoh 10 tahun. Ini bermaksud perlunya perubahan yang signifikan untuk mengelakkan defisit belanjawan kerajaan.

Cadangan oleh Senat pula sebenarnya mengurangkan kehilangan pendapatan kerajaan dengan menangguhkan pemotongan cukai korporat sehingga tahun 2019, setahun lebih lewat berbanding cadangan oleh House. Cadangan Senat juga memansuhkan semua pengurangan cukai negeri dan tempatan.

Laporan mengatakan rang undang-undang ini dalam situasi baik pada Isnin. Fokus ketika ini adalah untuk meyakinkan negeri bercukai-tinggi.

House of Representative tidak banyak yang perlu dirisaukan kerana ia tidak terikat dengan ‘peraturan Byrd’ iaitu halangan terhadap defisit belanjawang dalam jangka panjang. Kini semuanya bergantung kepada Senat US.

Pihak House dan Senat di Amerika Syarikat lebih bimbang dengan ‘peraturan Byrd’ yang mana rang undang-undang percukaian ini mengikut resolusi bajet Kongres 2018 iaitu $1.5 trillion. Kedua-dua versi sememangnya berbeza di mana cadangan cukai House akan menambah defisit sebanyak $1.44 trillion, manakala cadangan Senat akan menambah $1.496 trillion.

Jika Senat boleh menyelesaikan masalah “Byrd” itu dan meluluskan rang undang-undang cukai, cadangan cukai House dan Senat perlu diperdebatkan oleh Jawatankuasa Konferens di Senat.

Pasaran akan menumpukan kepada perkara ini ‘percukaian US’ dan juga perkembangan perdebatan di Kongres US. Sememangnya inilah tumpuan pasaran sejak kemenangan Trump dalam pilihanraya tahun lalu, dan kini apa yang dijanjikan Trump berhadapan dengan masalah kelulusan di Senat US yang juga menjadi faktor menekan US dolar sejak minggu lalu.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!