728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Artikel Umum

Ternyata Teori Lelaki Ini Merubah Dunia Kewangan Moden. Pernah Dengar Tentang Dia?

Ternyata Teori Lelaki Ini Merubah Dunia Kewangan Moden. Pernah Dengar Tentang Dia?

Walaupun dia tidak pernah dilantik sebagai chief executive officer (CEO) atau membina empayar, nama Charles Dow akan sentiasa disebut-sebut dalam dunia kewangan, terima kasih kepada Average Market yang dinamakan sempena namanya iaitu Dow Jones Industrial Average.

Dow dipandu oleh keinginan dan semangat jitu membawa dunia kewangan dan ekonomi ke arah yang lebih baik malah lebih fleksibel, iaitu kepada orang awam.

Artikel ini akan memberi tumpuan kepada Charles Dow (dianggap sebagai bapa Technical Analysis moden).

Kenal bapa candlestick tak? Klik sini untuk baca.

Charles Dow tidak lahir dalam keluarga kewangan mahupun ekonomi namun lahir dalam keluarga petani di Connecticut pada November 1851.

Dengan pendidikan tidak formal, Dow mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pertanian untuk terjun ke bidang journalis pada umur 21.

Dow berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai wartawan bagi penerbit yang berbeza-beza dan mendapati dirinya mempunyai bakat dalam bidang sejarah dan dia juga berminat dengan sektor bisnes.

Editor Dow memberi galakan kepadanya untuk masuk ke dalam dunia journalis kewangan dan Dow bermula dengan membuat kajian dan menulis berdasarkan industri yang berbeza.

Dalam laporannya, Dow banyak menemuramah kapitalis, pakar kewangan dan ahli industri. Daripada temuramah itu, Dow mula belajar bagaimana orang di Wall Street menilai saham.

Pada 1882, Dow dan kawannya, Edward Jones membina syarikat mereka sendiri yang dipanggil Dow, Jones & Company. Terbitan pertama mereka adalah Customers’ Aftertoon Letter yang diterbitkan pada tahun 1882.

Ia merupakan ringkasan kepada berita kewangan harian dalam 2 muka surat termasuk pergerakan harga saham-saham tertentu dalam format yang mudah untuk difahami.

Pada waktu itu, ramai wartawan mengambil rasuah daripada pemilik syarikat untuk memasukkan saham dalam artikel mereka.

Berbeza dengan Dow, Dow menjaga reputasinya dengan penulisan yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan dengan analisa yang tidak bias.

Apa yang paling penting dilakukan oleh Dow adalah dia menulis analisa yang sangat mudah untuk difahami oleh semua orang.

Dow Jones Industrial Average (DJIA) mula disiarkan dalam newsletter bagi menunjukkan purata kepada beberapa stok dalam industri perkapalan dan kereta api.

Dow mahu purata pasaran dikeluarkan bagi memastikan pembaca mendapat idea sama ada pasaran dalam keadaan baik atau sebaliknya.

DJIA sekaligus memberi kefahaman dan gambaran keseluruhan kepada pembaca yang mudah difahami.

Pada 1896, DJIA dikira menggunakan 12 saham terbaik dalam pasara. Kiraan awal adalah menggunakan jumlah dan bahagi secara ringkas.

Populariti Customers’ Afternoon Letter mula disebut-sebut oleh beribu orang dan sekaligus memberi idea kepada Dow dan Jones untuk memulakan The Wall Street Journal.

Edisi WSJ pertama dikeluarkan pada 8 Julai 1889 dan kali ini Dow & Jones mengembangkan format Journal untuk memberi informasi kewangan yang lebih banyak dan mudah untuk difahami oleh orang awam.

Sumber yang boleh dipercayai dan kukuh mula berkurang kepada WSJ kerana kebanyakan syarikat mula menyembunyikan data-data penting syarikat mereka.

Pun begitu, Dow & Jones berjaya cari jalan untuk memberi informasi yang berkualiti dan hanya ada untuk insider sahaja.

Wall Street Journal sekaligus menjadi akhbar kewangan yang paling ramai pembacanya dan DJIA menjadi rujukan untuk melihat arah pasaran secara total.

Walaupun Dow percaya maklumat penuh tentang syarikat menjadi kunci kepada pelaburan, Dow mula perasan ada pattern yang berlaku dalam market average.

Pattern tersebut dilihat boleh diperhatikan dan dianalisa sekaligus memberi Dow bahawa semua pergerakan pasaran ada trend.

Dow mula memerhati dan mengeluarkan teori yang dinamakan sebagai Dow Theory, yang melihat high & low untuk menjangkakan pergerakan harga.

Sayangnya teori itu tidak dijelaskan oleh Dow secara formal dan teori tersebut hanya difahami dan dibuktikan setelah kematiannya pada 1920.

Daripada sini, kita dapat tahu Charles Dow memberi kesan yang sangat mendalam ke atas dunia kewangan moden.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register