Tidak ketinggalan minggu ini, kenyataan daripada Bank of England

0 1

Volatility yang tinggi bakal dilihat pada matawang Sterling. Ini adalah kerana Bank of England akan mengeluarkan data yang penting.

Data yang dimaksudkan adalah Laporan inflasi suku tahunan dan pengumuman dasar kewangan pada khamis nanti.

Selepas Brexit, ramai menantikan pengumuman pemotongan interest rate oleh Gabenor Carney pada Ogos ini.

Pun begitu, sejak majoriti daripada rakyat Britain memilih untuk meninggalkan EU, data ekonomi UK tidaklah begitu teruk.

Namun, data Julai yang bakal dikeluarkan sebenarnya akan menunjukkan kesan sebenar Brexit dan masih lagi dinantikan.

Sebelum keputusan interest rate, kita juga akan menantikan PMI yang mana akan menjadi salah satu data yang akan dijadikan rujukan oleh BoE untuk keputusan seterusnya.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa