728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Tidak puas dengan 6 tips, kami tambah 4 tips lagi!

Tidak puas dengan 6 tips, kami tambah 4 tips lagi!

Kita sambung 6 tips dan tricks yang ditulis pada artikel ini. 4 tips dan tricks ditambah yang berkaitan dengan trading.

4 tips dan tricks ini adalah himpunan daripada bacaan buku-buku analisa teknikal dan kebanyakannya menyimpulkan perkara yang sama seperti di bawah.

Apa-apa pun bergantung kepada gaya kita sendiri untuk mengadaptasi tips dna tricks ini dan ingat, dalam artikel ini ada menegaskan adalah perlu untuk mempunyai gaya sendiri.

telegram-moshed

Tip #1

Makin banyak trade, makin kurang profit

Terdapat satu salah faham dalam trading yang sering dijadikan mantra oleh trader iaitu lebih banyak trade lebih banyak keuntungan yang boleh diperoleh.

Sebenarnya bagi memaksimakan keuntungan dalam trading adalah masuk position setelah setup yang diyakini tinggi kebarangkalian untuk untung.

Dan ini boleh mengelakkan rasa penat akibat overtrade dengan risiko yang tinggi dan boleh membuat keputusan yang rasional.

Dan dengan kesabaran menunggu setup akan mengajar kita supaya kita lebih berhati-hati mencari setup yang menguntungkan.

 

Tip #2

Loss adalah kawan anda

Loss yang dialami adalah kawan yang boleh membantu kita untuk mencari trading plan dan teknik yang sesuai dengan gaya kita.

Setiap hujung minggu, semak semula kenapa loss dan semak juga kenapa profit.

Adakah ia adalah entry yang tidak bagus? Adakah entry itu adalah kerana emosi atau setup? Atau ada ke setup sebenarnya?

Dengan cara begini, lama-kelamaan kita akan menapis kesilapan kecil dan loss yang boleh dielakkan.

Loss di sini bermaksud terkena StopLoss yang betul, bukan MC sebab kita bedal lot gajah!

 

Tip #3

Set & forget

Emosi memainkan peranan penting dalam trading. Apabila app MT4 di telefon pintar dibuka setiap 5 saat, ini akan menyebabkan adrenalin kita akan sentiasa dipam.

Buka MT4, floating merah kita mula akan kehilangan disiplin kita untuk ikut trading plan asal kita.

Dengar kawan sebelah cakap dia untung 5 angka kita pun mula buka MT4 nak masuk position nak profit cepat-cepat.

Jadi, dah ada trading plan yang memang kita dah yakin dan tenang entry, set TP/SL dan forget saja dan ini boleh mengelakkan gejala mengubah Stoploss.

Jika loss, kaji balik kenapa. Jika profit, kaji juga kenapa. Ini adalah sebagai latihan mendisiplinkan diri daripada noise yang tidak diperlukan.

 

Tip #4

Kira jumlah risiko yang boleh diterima

Trading bukanlah skim cepat kaya atau semalaman trade dah boleh jadi jutawan.

Trading adalah bidang yang anda boleh jana pendapatan dengan konsisten.

Untuk yang masih baru dalam dunia trading, letakkan risiko yang rendah untuk setiap entry. Letakkan serendah 1% pun tak mengapa.

Ramai yang menganggap trading ni seperti dalam filem Wolf of Wall Street yang mengambil risiko untuk meletak full-margin untuk 1 trade dan booom, MC.

Ambillah pendekatan yang perlahan dan kecil terlebih dahulu untuk belajar mengawal rasa takut dan tamak.

Jadilah trader yang bijak.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register