Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Tiga Keadaan Ekonomi Dunia Beberapa Tahun Akan Datang

Tiga Keadaan Ekonomi Dunia Beberapa Tahun Akan Datang

Beberapa tahun kebelakangan, ekonomi global berada dalam dua fasa iaitu fasa acceleration (ekonomi bertumbuh secara positif dan menguat) dan fasa deceleration (ekonomi bertumbuh tetapi semakin lemah). Persoalannya disini, selepas lebih setahun ekonomi bertumbuh, adakah dunia akan menghadapi ekonomi yang lembap atau adakah pemulihan ekonomi akan berterusan?

Sejak tahun 2016, pertumbuhan ekonomi dan pasaran ekuiti semakin kukuh walaupun berhadapan dengan isu Brexit, kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya U.S, ketidakpastian dalam perlaksanaan polisi dan juga ketegangan geopolitik.

Persoalan yang ditimbulkan oleh pakar ekonomi Nouriel Roubini ialah adakah pertumbuhan yang sedang dinikmati akan berterusan beberapa tahun lagi? atau adakah lojakan pertumbuhan yang berisfat sementara akan mendatangkan risiko dan menyebabkan ekonomi lembap?

Tiga senario ekonomi global yang boleh berlaku dalam masa tiga hingga empat tahun akan datang melibatkan empat ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat, China, Zon-Eropah dan Jepun. Pertama ialah peristiwa yang bersifat bullish market (kenaikan pasaran). Ramalan yang dapat dibuat ialah 4 ekonomi terbesar akan melaksanakan reformasi struktural (perubahan corak pemerintahan kerajaan bagi membolehkan pasaran dapat beroperasi dengan efisien) supaya dapat menjana pertumbuhan dan menjana kewangan. Hal ini bagi memastikan cyclical upswing (pertumbuhan sementara) didorong oleh pertumbuhan yang kuat dan positif. Kesannya ialah ia akan meningkatkan perumbuhan GDP, peningkatan inflasi yang sederhana dan mengekalkan kestabilan kewangan bagi beberapa tahun lagi. U.S dan pasaran ekuiti global akan meningkat dengan asas ekonomi yang kukuh.

Kedua ialah senario bearish market (penurunan pasaran), dimana ekonomi utama dunia gagal melaksanakan reformasi struktural bagi meningkatkan pertumbuhan. China akan kekal dengan kapasiti ekonomi berlebihan. Zon Eropah gagal memperbaiki hubungan sesama mereka dan sekatan politik akan menghadkan negara eropah untuk melaksanakan refromasi struktural. Jepun pula masih lagi bergelut dengan pertumbuhan yang rendah berikutan reformasi dalam penawaran dan juga liberalisasi perdagangan.

Bagi ekonomi U.S pula, isu reformasi cukai Trump yang memihak kepada golongan kaya, sekatan perdagangan dan migrasi dilihat berpotensi memperlahankan pertumbuhan. Perlaksanaan rangsangan fiskal yang berlebihan dapat menyebabkan defisit dan hutang semakin buruk. Akhirnya menyebabkan kadar faedah meningkat semakin tinggi dan matawang dolar semakin kuat, hal ini akan menjejaskan pertumbuhan. Selain itu, sikap Trump yang sering mencetuskan konflik terutamanya dengan Korea Utara dan akhir-akhir ini dengan Iran dapat memberi kesan buruk kepada ekonomi di masa hadapan.

Senario ketiga, menurut pandangan Roubini terletak diantara dua keadaan iaitu cyclical upswing dalam pertumbuhan dan pasaran ekuiti buat sementara waktu . Kemudian apabila beberapa ekonomi utama melaksanakan reformasi struktural seterusnya akan menjana pertumbuhan ekonomi namun dalam kadar yang lebih perlahan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!