Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Tiga Kesimpulan Penting Penutupan Pasaran Harian Semalam – Westpac

Tiga Kesimpulan Penting Penutupan Pasaran Harian Semalam – Westpac

Penganalisis di Westpac berkongsi kesimpulan penutupan pasaran harian semalam dengan melihat pada tiga perkara penting:

1) Sentimen pasaran global

Ketika ini, US dolar, hasil bon dan ekuiti meningkat berikutan ketegangan yang semakin reda terhadap aset-aset berisiko. S&P 500 naik 1.0%. Kerosakan ribut Irma seteruk yang disangka dan ancaman Korea Utara tidak begitu ketara dengan tiada kenyataan baru terhadap ujian peluru berpandu seterusnya.

2) Kadar Faedah

Kadar faedah bon 10-tahun meningkat meningkat daripada 2.08% kepada 2.13%, 2-tahun pula naik daripada 1.28% kepada 1.32%. Dana niaga hadapan Fed juga kekal, meningkatkan jangkaan kenaikkan kadar faedah Disember tahun ini kepada 41% berdasarkan bacaan CME

3) Matawang

Indeks US dolar juga meningkat sehingga 0.6% semalam. Euro pula lemah berbanding dolar dengan EUR/USD jatuh daripada 1.2020 kepad 1.1957.

Dolar yang kuat mengurangkan permintaan terhadap matawang safe haven yen dengan USD/JPY naik daripada 108.50 kepada 109.39.

AUD/USD juga susut daripada 0.8060 kepada 0.8019 dan NZD/USD turun naik sekitar 0.7240 dan 0.7293.

Tumpuan Data Ekonomi Hari Ini:

1) Australia (9.30 pagi)

Data kaji selidik perniagaan National Australia Bank (NAB) bulan Ogos dikeluarkan dengan bacaan sebelum ini pada paras 15, kekal meningkat sepanjang tahun 2017. Namun keputusan berbeza mengikut industri dengan sektor peruncitan dan perlombongan yang ketinggalan

2) UK (4.30 petang)

Data-data inflasi UK akan dikeluarkan petang ini. Indeks harga pengguna (CPI) dijangka meningkat 0.5%. Bagi unjuran tahun ke tahun pula turut meningkat ke paras 2.8% daripada 2.6%. Kejatuhan sterling di awal dagangan minggu ini menujukkan inflasi tahunan akan kekal tinggi buat sementara waktu.

3) Amerika (6 petang)

Indeks kaji selidik perniagaan kecil oleh National Federation of Independent Business (NFIB) dijangka akan mengekalkan bacaan positif di paras 105.2. Laporan bulanan OPEC juga akan dikeluarkan hari ini. Para pelabur komoditi hitam akan memberi penelitian terhadap paras permintaan dan penawaran minyak global terkini.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!